Gambar Hiasan
Selain
daripada bersenam dan menjaga makan, banyak lagi sebenarnya cara untuk
menguruskan badan sehinggakan kadangkala kami rasakan seperti tidak
logik pula. Terbaru menurut penulis buku The Hormone Diet, Dr Natasha
Turner, anda boleh kurus sekiranya tidur di dalam keadaan berbogel!
Tidur tanpa pakaian boleh kuruskan badan? Pelik bukan? Malah boleh
dikatakan tidak logik
Dr
Turner mengatakan sekiranya anda tidur tanpa sehelai pun pakaian, badan
anda seakan-akan menekan butang ‘reset’ kepada hormon fat loss dengan
cara merembeskan hormon yang boleh membina sel di dalam tulang, kulit
dan otot ketika tidur sekali gus menggalakkan penurunan berat badan.
Keadaan badan yang tidak berbaju akan membuatkan badan anda di dalam
keadaan sejuk di mana sangat bagus untuk rembesan hormon tersebut.
Bukan
itu sahaja, tidur dalam keadaan tidak berpakaian akan mengurangkan
hormon kortisol yang menyebabkan anda stres dan memelihara tenaga di
dalam badan anda ketika tidur. Dan sekiranya banyak hormon kortisol
dirembeskan ketika tidur, seseorang akan merasa sangat lapar setelah
bangun tidur dan membuatkannya makan lebih daripada yang sepatutnya.
Selain
daripada itu, pakaian yang memanaskan badan ketika tidur boleh
mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang mempercepatkan proses
penuaan. Jika anda tidur tanpa pakaian, kulit akan menjadi lebih senang
dipulihkan sekiranya mempunyai cela kerana hormon pertumbuhan akan
menjadi lebih aktifsumber
No comments:
Post a Comment