SERAM! USTAZ MELIHAT JIN MEJILAT AIR MAYAT (KISAH BENAR)-Sebagai
seorang manusia, juga sebagai hamba Allah, kita amat ditegah sama
sekali untuk menyekutukan Allah SWT. Ingatlah dosa syirik adalah doa
yang tidak akan diampunkan oleh Allah.admin ingin berkongsi dengan anda
semua, tentang satu kisah di mana seorang ustaz menyaksikan dengan mata
kepala dirinya sendiri, satu lembaga sedang asyik menjilat air mandian
mayat di sebuah sudut dalam sebuah rumah yang baru sahaja tuannya
meninggal dunia. Apakah sebenarnya yang terjadi?
Kisah ini diceritakan sendiri oleh Ustaz Abdul Aziz kepada Johan
Iskandar (wartawan) mengenai seorang nelayan yang gara-gara membela
hantu raya bertujuan membantu setiap pekerjaan hariannya ke laut
menangkap ikan sebelum ditimpa penyakit misteri yang berbulan-bulan
ditanggung sehingga menghembuskan nafas terakhir disisi keluarganya.
Suausana sedih melanda keluarga arwah Wak Kejo setelah mengalami
sakit misteri berbulan-bulan, akhirnya Wak Kejo menghembus nafas
terakhir. Keperitan yang ditanggung Wak Kejo semasa nazak memberi
keinsafan kepada isterinya, Tija serta 3 anak bujang lelakinya Samad,
Seman dan Saiful.
Menurut penduduk kampong arwah Wak Kejo cukup gagah dan masih tegap
seperti orang muda walaupun usianya yang sudah mencapai 80-an. Setaiap
hari Wak Kejo tidak pernah mengeluh apabila melakukan kerja hariannya ke
laut menangkap ikan. Kalau dilihat dari segi kerja Wak Kejo, orang muda
pun tidak mampu melakukan sepertinya. Tetapi bagi wak Kejo kerja berat
menarik pukat bersendirian tidak pernah membuatnya sakit atau letih.
Begitu juga dengan selera Wak Kejo membuatkan isterinya merasa hairan.
Selalunya pada usia seperti Wak Kejo orang lain sudah kehilangan selera makan dan nafsu seks.
Tetapi berbeza dengan Wak Kejo yang selalu bertenaga dan berselera
besar. Isterinya pula menyangka suaminya cukup sihat dan kuat kerana
mengamalkan ubat akar kayu. Oleh kerana kekuatan yang luarbiasa, Wak
Kejo menjadi buah mulut penduduk kampong yang memuji dan kagum dengan
kehebatannya.
Kerjanya di laut, dia sangat kuat. Biasanya dia hanya bersendirian
melakukan kerja sebagai seorang nelayan. Subuh lagi dia sudah keluar ke
laut dan sekitar jam 8 pagi dia sudah pulang membawa banyak hasil laut
yang cukup berbaloi untuk keluarganya. Oleh kerana ketiga-tiga anaknya
bekerja di bandar Wak Kejo melakukan semua kerja itu seorang diri
walaupun ramai yang meregui kemampuannya.
Walaupun gagah mana, takdir tidak boleh di elak. Akhirnya Wak Kejo
jatuh sakit secara mengejut. Peliknya dia tidak menghadapi sebarang
penyakit seperti darah tinggi, kencing manis mahupun buah pinggang.
Sakit yang dialaminya cukup menyeksanya sehingga dia terbaring kaku di
atas katil. Walaupun sakit seleranya tetap sama seperti dulu.
Selalunya rutin makan Wak Kejo ialah nasi bersama seekor ayam bakar.
Sebaik saja makanan itu dihidangkan kepadanya, sekelip mata saja Wak
Kejo boleh habiskan seperti orang sedang lapar sangat. Dia selalu
merenget meminta makanan walaupun baru sebentar tadi sudah dihidangkan
kepadanya. Isterinya cukup hairan dengan sikap suaminya yang luarbiasa
itu. Sepanjang hidup bersama Wak Kejo belum pernah dia melihat suaminya
melantak semua makanan itu dalam masa singkat.
Semakin hari penyakitnya semakin parah. Setiap hari ada saja penduduk
kampong datang ke rumahnya melawat dan membaca Yassin. Setiap kali
dibacakan Yassin, Wak Kejo akan meraung kepanasan. Beberapa orang doctor
pernah datang ke rumah Wak Kejo untuk merawat penyakitnya, namun
selepas diperiksa mereka berkata Wak Kejo tidak mengalami sebarang
penyakit. Mereka percaya Wak Kejo mengalami penyakit tua. Semakin hari
mukanya semakin pucat dan hitam seperti kepanasan cukup menggerunkan.
Isteri dan anak-anaknya tidaksanggup melihat penderitaan yang di
alami Wak Kejo. Akhirnya mereka memanggil Ustaz Aziz yang tinggal di
kampong seberang untuk membantu masalah itu.
“Dah berapa lama Wak Kejo sakit Mak Tija?”. Tanya Ustaz Aziz yang duduk disebelah suaminya.
“Adalah lima bulan,” balasnya sayu.
“Masya Allah,” ucapnya perlahan sambil mengeleng kepala melihat wajah Wak Kejo.
Ustaz Aziz kemudiannya membaca sesuatu sambil menyentuh dahi Wak Kejo perlahan-lahan.
Dia membaca beberapa surah untuk meringankan kesakitan Wak Kejo.
“Jangan sentuh aku! Panasss….” Jerit Wak Kejo sebaik saja Ustaz Aziz menyentuh dahinya buat kali ketiga.
Beberapa orang penduduk kampong sedang membaca Yassin da nada yang
sedang duduk di ruang tamu rumah Wak Kejo tersentak mendengar jeritan
kuat Wak Kejo. Walaupun Wak Kejo kelihatan nazak, tapi suaranya amat
kuat bertenaga. Ustaz Aziz dapat merasakan kelainan suara itu yang
dianggap bukan suara Wak Kejo.
Ustaz Aziz terus membaca ayat al-Quran dengan diikuti bacaan Yassin
oleh penduduk kampung. Keadaan Wak Kejo semakin gelisah. Dia cuba
meronta ke kiri dan kanan seperti kesakitan. Selama sejam Wak Kejo
meronta dan meraung kepanasan. Dia beberapa kali meminta air untuk minum
kerana terasa badannya terlalu panas. Akhirnya tanpa disedari wak Kejo
menghembuskan nafas terakhir. Tiba-tiba saja badanya yang gempal
bertukar menjadi kurus kering seperti sudah lama meninggal dunia.
“Mak Tija, Wak Kejo sudah meninggal dunia. Pergilah panggil tukang
mandi mayat segera. Jangan lengah-lengahkan lagi. Mayat arwah perlu
dikebumikan segera,” kata Ustaz Aziz tenang.
Sementara menunggu tukang mandi mayat tiba, mereka membiarkan jenazah
arwah Wak Kejo di ruang tamu rumah itu. Memandangkan hamper masuk waktu
Isyak, semua tetamu kemudiannya turun dari rumah ke surau tidak jauh
dari situ untuk solat Isyak. Selepas solat Isyak, jenazah Wak Kejo
dimandikan dan dikapan. Jenazah arwah kemudian dikebumikan di tanah
perkuburan Islam di hujung kampong pada malam tersebut.
Selesai kebumian, pada malam itu tinggallah Mak Tija, 3 orang anaknya
dan beberapa orang ahli keluarganya. Kerana letih kebanyakkan mereka
tertidur. Tidak beberapa lama kemudian, Mak Tija terdengar bunyi seperti
sesuatu menyusur di bawah rumahnya tempat arwah Wak Kejo dimandikan
tadi.
Pada mulanya, Mak Tija ingatkan kucing, bagaimanapun bunyi itu
semakin kuat seperti sesuatu sedang menjilat air. Mak Tija cuba
memberanikan diri turun ke bawah rumahnya sambil membawa lampu picit.
Sebaik saja dia menyuluh ke arah bunyi suara itu, Mak Tija terkejut
apabila melihat sesusuk tubuh manusia tinggal rangka menyerupai suaminya
sedang menjilat air mayat.
Mak Tija mula rasa takut, bulu romanya tegak berdiri. Namun dia masih
menyuluh kea rah lembaga itu dengan berani. Lembaga itu sedang berlutut
di bawah rumah. Pada mulanya Mak Tija cuba merahsiakan perkara itu
kepada sesiapa walaupun keluarga terdekat tetapi kerana takut perkara
itu berulang kembali dia menceritakan perkara itu kepada Ustaz Aziz saja
pada keesokannya.
Ustaz Aziz bersetuju membantu Mak Tija dan berjanji akan datang ke
rumahnya pada lewat malam. Seperti mana yang dijanjikan, Ustaz Aziz
melihat sendiri lembaga seperti arwah Wak Kejo sedang menjilat-jilat air
mayatnya bagai kehausan. Ustaz Aziz kemudiannya segera membaca ayat
Kursi dan secepat kilat lembaga itu hilang dari pandangan mereka. Sejak
peristiwa itu, lembaga Wak Kejo tidak lahi pulang ke rumahnya.
Setelah diselidik latar belakang arwah Wak Kejo, rupanya selama ini
arwah Wak Kejo ada membela hantu raya untuk membuat dia kelihatan muda
dan kuat tanpa perlu diketahui isteri serta anak-anaknya. Setiap kerja
yang dilakukan Wak Kejo semuanya dibantu oleh hantu raya itu. Kerana
itulah dia lebih suka bersendirian pergi menangkap ikan kerana
bertemankan hantu raya yang dibelannya.
Kejadian serupa ini banyak berlaku di mana-mana apabila individu
tertentu bersekongkol dengan jin atau syaitan. Perkara ini haruslah
menjadi pengajaran kepada kita semua supaya dapat menghindarkan diri
dari kejadian yang dimurkai Allah SWT. A’uzubillah…
sumber
No comments:
Post a Comment