Bagi anda yang mengidap penyakit Altophobia atau gayat, ada baiknya untuk tidak berenang di Sky Condos. Pangsapuri yang bakal akan dibina di Lima, Peru ini mempunyai reka bentuk kolam renang yang boleh dikatakan ekstrem.
Tiap-tiap kolam renang dibiarkan tergantung sehingga ketinggian 20 tingkat, dan membuatnya nampak seperti melayang di udara. DCPP Arquitectos sebagai developer pangsapuri ini berusaha mencipta ikon bangunan untuk masa depan, membuat konsep penempatan mewah di Amerika Latin.
Sky Condos mempunyai reka bentuk seni bina minimalis, berbentuk kubus yang menjadikan kaca-kaca lebar sebagai pembungkus. Kaca tersebut sengaja diletakkan secara dominan untuk memberikan kesan luas dan memanfaatkan cahaya matahari semaksimum mungkin.
Showing posts with label Dengan. Show all posts
Showing posts with label Dengan. Show all posts
Tuesday, 13 May 2014
Monday, 5 May 2014
Kisah Benar.. Pengalaman Pertama Main Dengan Awek!

Pada sesiapa yang belum cukup umuq cam langsat, pulasan, … sila baca cite lain.. nanti terangsang nanti hangpa nangisss!!!
Aku ingin berkongsi pengalaman pertama aku bermain dengan perempuan. Ini bukan fantasi dan memang betul-betul terjadi. Tahun 2000 adalah tahun di mana ekenomi Malaysia agak lembab. Disebabkan gaji yang kena potong aku berpindah ke rumah sewa yang agak murah di luar Kuala Lumpur. Aku menyewa sebuah rumah kampung berkongsi membayar dengan teman2 yg lain. Disebabkan aku bekerja syiff, tidur aku tak menentu. Kalau kerja pagi aku tidur malam dan kalau kerja malam aku tidur sianglah.
Nak jadikan cerita jiran aku tu adalah sebuah keluarga kecil lebih kurang 3 orang anaknya. Yang bungsu 3 tahun, kedua 12th dan yg ketiga anak gadisnya, berusia 18th. Jika aku pulang kerja syif malam aku senang membasuh terus pakaian aku dan akan aku sidai di ampaian yang bertentangan dgn bilik anak gadisnya yg sulung. Setiap kali aku menyidai kain bajuku, aku perasan ada sepasang mata di celah2 tingkap cermin memerhatiku. Tapi aku syak mesti anak gadisnya itu. Tekaan aku rupanya tepat bila maknya memanggil “Yati!!!!”, lantas bergemalah satu suara dari bilik itu dan menyahut, “ya, mak!!!”.
Aku pendekkanlah ceritaku ini. Entah macamana pada hari yang lain aku menyidai kain bajuku, anak gadisnya juga menyidai kain bajunya juga kerana ampaian kami bertentangan kedudukannya. Maka dari peristiwa itulah titik tolak perkenalan kami. Setiap kali aku sidai baju mesti dia sidai baju juga dan kami sering bertanya kabar dan berbual2 mesra.
Satu hari dia tanya aku, “Siang ni you free tak?” Aku yg terpinga-pinga bertanya balik, “Ada apa?” “I nak tumpang bilik youlah, kawan you pun kerjakan?” Berderau darah aku lantas terpacul selamba suaraku “Eh… no problem” “Bilik u ada TV?” tanya dia lagi “Ada!!!” balasku dengan kehairanan “Kalau macam tu baguslah..u tunggu kat bilik, lagi 1/2 jam i datang.”
Aku pun dengan dada yg berdebar2 menunggunya sambil memerhati jam di dinding dengan perasaan yg tak sabar. Setengah jam berlalu tiba2 Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilikku berbunyi. Tanpa membuang masa aku membuka pintu bilik dan Yati dengan tshirt ketatnya tersenyum sambil tangannya menjinjing beg plastik yg aku tak pasti apa isinya. Tanpa membuang masa dia terus menuju dan men’switch on’kan tv aku dan terus membuka barang di dalam beg plastiknya. “U biasa main tak?” tanya Yati “Tak biasa” jawab aku “Tak pe i ajar u, step by step. U tengok i punya permainan dan lepas tu u pulak main, nanti dak okey kita main sama2.”ujarnya panjang lebar.
Tak sampai 1 jam permainan yg diajar oleh Yati, aku dah okey dalam permainanku dan kami kini bermain bersama-sama. Kadang-kadang turn aku dulu kemudian turn dia pulak.
Fuhhhh… .Syok ape… Gian beb, dan dengan selamba aku pun tanya,
“Eh, mahal tak Playstation yang u beli nie?” tanya aku
“Mahal juga, itupun ayah yang belikan” jawab Yati
“I ingat nak belilah satu, bulan depan” aku bersuara dgn penuh minat “Eloklah, esok nanti Yati tak yah nak bawak Yati punya PS lagi” Yati menjawab dgn senyum. Lebih kurang 2 jam bermain, Yati minta diri dan kami bersalaman.
Untuk kekawan, itulah pengalaman pertama aku bermain Playstation dengan seorang awek. Aku harap hangpa terangsang dengan cerita benar aku ini.....
sumber
Sunday, 4 May 2014
Ustazah Mashitah Dimalukan Dengan Gambar Hot Sebegini..
Memang agak payah sebenarnya jikalau sesebuah media penerbitan itu sudah tersilap cetak.Contohnya dalam gambar di bawah ini di mana pihak grafik mungkin secara tidak sengaja telah melakukan kesilapan dalam mengedit gambar Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Nampak benar kejanggalan dalam gambar ini kan.Ini membuktikan bahawa pihak editor tidak melakukan penitian dalam kerja-kerja terakhir sebelum dicetak
Diharapkan pihak yang terlibat akan lebih berhati-hati selepas ini supaya kesilapan mereka ini tidak lagi menjadi viral seperti gambar tersebut.
Saturday, 26 April 2014
Lana Nordin bidas peminat di Instagram isu foto dengan Tan Sri Vincent Tan
Lana Nordin bidas peminat di Instagram isu foto dengan Tan Sri Vincent Tan - Pelakon seksi, Lana Nordin membidas komen salah seorang pengikutnya di laman Instagram yang dimuatnaik bagi sekeping foto Lana dengan Tan Sri Vincent Tan.
Apapun, penulis tidak sempat membaca komen yang dilemparkan peminat itu kerana telah dipadam namun daripada nada kenyataan balas yang Lana, aktres berusia 32 tahun itu jelas agak tersinggung.
"@hasnuradam no need to give details im not that stupid to put something are not related...my fans should be clever enough to read n think before put any comments..tq"
Nampaknya, kepada sesiapa sahaja yang ingin menegur atau meninggalkan komen di akaun Instagram Lana Nordin perlulah lebih berhati-hati kerana takut kena block dan tak dapat lagi skodeng foto-foto cantik bekas kekasih Johan As'ari itu.
Nelydia Senrose Mengaku Babak Mesra Dengan Sharnaaz Ahmad Keterlaluan
Sebenarnya banyak juga kontroversi yang melanda Nelydia Senrose semenjak membintangi drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ (BKATC). Kontroversi itu turut membabitkan kekasihnya, Qi Razali yang cemburu dengan gandingan Nelydia dalam drama tersebut, Sharnaaz Ahmad. Qi Razali didakwa kurang senang melihat kemesraan Nelydia dan Sharnaaz.
Selepas tayangan akhir drama berkenaan, Nelydia akhirnya membuat pengakuan bahawa sesetengah babak romantis dan mesra yang dia bawakan bersama Sharnaaz dalam drama bersiri itu sememangnya agak keterlaluan. Namun jelasnya, ia perlu dilakukan berdasarkan kepada novel.
“Sejujurnya saya mengaku, ada sesetengah babak-babak romantik saya dengan Sharnaaz jayakan sedikit keterlaluan. tapi semuanya berdasarkan novel. Saya tidak lakukan lebih daripada novel. Namun begitu, kami tahu batasannya dan bersikap profesional sepanjang penggambaran. Semuanya berjalan lancar,” ujar Nelydia dipetik portal GUA.
Nelydia turut memberitahu, Qi tidak menonton drama lakonannya dan begitu juga dengan dia. Mereka juga tidak menonton drama lakonan sendiri. Mungkin untuk mengelakkan timbul rasa kurang senang atau sebagainya.
“Saya tak tahu jika dia ada menonton BKATC. Tapi apa yang saya tahu, sememangnya dia tidak menonton cerita lakonan saya. Begitu juga sebaliknya. Malah, kami berdua pun tidak menonton hasil lakonan sendiri. Masing-masing sibuk dengan penggambaran, Qi sibuk dengan rancangan travelog dan sebagainya, saya pula sibuk di set. Tapi dia seorang yang menyokong dalam apa jua perkara yang saya lakukan,” katanya.
Dalam pada itu, Nelydia meluahkan rasa gembiranya kerana wataknya sebagai Mastura dalam drama tersebut diberi maklumbalas positif oleh peminat dan penonton. Gadis berusia 20 tahun ini juga mendedahkan cabaran dalam membawakan watak Mastura.
“Saya gembira orang ramai bagi maklumbalas positif. Watak ini sangat istimewa kerana ianya lain daripada watak yang saya bawakan sebelum ini. Jika dahulu selalunya saya bawakan watak wanita naif, dalam BKATC saya bawakan watak seorang wanita yang agak ‘daring’, gedik dan manja.
“Cabaran dalam saya menjayakan watak Mastura adalah menerusi cerita ini sendiri. Cerita ini digarap 100 peratus berdasarkan novel. Saya takut orang yang membaca novel BKATC rasa watak yang saya bawakan tak sampai. Jadi saya membaca novel ini dan cuba sehabis baik menggarap watak Mastura sendiri dengan cara saya. Alhamdulillah orang terima,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Friday, 18 April 2014
Gambar Pencarian MH370 Lautan Hindi Mengamuk Dengan Kehadiran Kapal Perang Tercanggih Di Dunia
type='html'> type='html'>Cabaran semakin hampir dan sukar apabila operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini tertumpu Lautan Hindi, berdepan cabaran sukar memandangkan situasi lautan itu yang ganas dan seolah olah mengamuk dengan kehadiran kapal pencarian dan kapal perang terbaik didunia.
Dengan ketinggian ombak yang boleh mencecah 40 kaki dengan angin kuat menambah kesukaran mencari serpihan objek yang dikaitkan dengan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Ungkapan dari Kapten Nik Huslan :
Keletihan pihak SAR dan daya ketahanan kapal mampu bertahan dalam misi terbabit perlu diambil kira.
“Mereka keletihan berdiri di tingkap dengan keadaan pesawat bergoyang-goyang. Dari pangkalan ke kawasan itu juga mengambil masa empat jam, ditambah waktu pergi balik menjadi lapan jam.
“Dengan kapasiti minyak yang ada, mungkin ada dua jam sahaja untuk mencari,” katanya dipetik dalam wawancara bersama Astro Awani.
Kapten Nik Berkata keadaan matahari di sana yang condong dan mewujudkan bayang-bayang walaupun di waktu tengah hari merumitkan lagi pencarian menggunakan mata kasar.
Dalam pada itu, mengulas pendedahan transkrip pesawat didedahkan oleh akhbar Britain, Daily Telegraph, Nik Ahmad Huzlan menganggap ia meragukan dan sebagai bahan jenaka.
Menurut beliau, tiada istilah seumpama itu digunakan oleh juruterbang untuk berkomunikasi dengan menara kawalan kerana terma yang digunakan lebih teratur, tepat, padat dan mengikut perundangan.
Jelas beliau, lebih meragukan apabila transkrip itu berdasarkan versi bahasa Mandarin daripada terjemahan bahasa bahasa Inggeris dengan salinan asal tidak dedahkan.
“Kita tidak bertutur secara beramah mesra dalam komunikasi penerbangan kerana banyak kapal terbang nak guna radio, dan akan ‘jammed’ dan tidak ada peluang orang lain.
“Bahasa yang digunakan juga bukan bahasa juru terbang, tetapi bahasa imaginasi orang yang nak jadi juruterbang sehingga masyarakat fikir inilah bahasa yang diguna pakai sedangkan tidak,” katanya.
Ujar beliau, radio ada ungkapan dan terma tertentu dan mereka perlu menjalani ujian.
Beliau juga berkata, tidak ada keperluan kepada DCA untuk memberikan pita rakaman itu kepada forensik antarabangsa untuk disiasat.
Butiran perbualan kokpit MH370 bermula dari saat berlepas jam 12.36 pagi hingga mesej terakhir 1.19 pagi pada 8 Mac itu didedahkan oleh, laporan akhbar Daily Telegraph.
Laporan itu mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama menara kawalan dan lain-lain pengawal trafik udara bermula Boeing 777-200 milik MAS berlepas dari landasan hingga kedudukannya di Laut China Selatan.
Ia juga termasuk pertukaran dari satu lokasi dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, “All right good night”.
Ini mungkin sesuatu yang sukar untuk kita menerima kehilangan MH370 hanya berakhir di lautan hindi, namun sebagai orang yang beriman tetap menyakini Qada’ dan Qadar yang telah diatur dan disusun oleh Allah, maka keyakinan kita semakin teguh dalam ketaatan kerana sesuatu itu semuanya dalam genggaman kekuasaanNya, moga Allah merahmati kalian yg gugur di samudera lautan itu sebagai hamba Allah yang soleh wahai penumpang dan anak kapal mukmin.. kesedihan dengan apa yang terjadi kepada 239 anak kapal MH370.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

View the original article here
Subscribe to:
Posts (Atom)