Showing posts with label Obama. Show all posts
Showing posts with label Obama. Show all posts

Saturday, 3 May 2014

Persiapan Rahsia GILA Sebelum Ketibaan Presiden Obama di Malaysia

Di Malaysia boleh dikira orang yang menjadi no 1 dalam negara melalui undi demokrasi adalah Perdana Menteri. Kawalan keselamatan untuk nya ada lah kerana tubuh badan Perdana Menteri dan bukan kerana dia ada lah Dato Seri Najib Tun Razak. Erti kata sesiapa sahaja Perdana Menteri, itu lah hak untuk di jaga oleh pihak tertentu.

Begitu juga dengan negara terkuat di dunia iaitu negara Amerika Syarikat. Oleh sebab terlalu kuat maka kedudukan nyawa Presiden nya serta nyawa keluarga nya amat penting. Di ulangi bukan kerana dia Obama, tetapi kerana dia ada lah Presiden dan “Commander-in-chief”.
Ayuh saksikan beberapa persiapan rapi penuh rahsia yang telahpun dibuat sebelum ketibaan Presiden Barack Obama di Malaysia bulan ini

Pada hujung bulan April nanti seperti yang telahpun di jadualkan, akan tiba lah rombongan Presiden Amerika, Barack Obama yang sudah beberapa kali di tangguh sama seperti tangguhnya kes Anwar.

Walaupun jadual nya sudah di tetap kan pada hujung bulan ini (27 April)  ketahui lah bahawa kerja security sweping nya sudah berjalan sekian lama, hampir sebulan atau pun 2 bulan yang lalu.

Jangan pula kita sangka hanya orang putih  atau caucasian, malah mereka juga mengupah Perisik setempat yang berbayar di Malaysia sebagai info tambahan mereka.


Oleh sebab prinsip US secret service ini ada lah tidak mempercayai mana mana negara dan sistem keselamatan selain Secret Service nya sendiri , maka orang orang secret servis ini di percayai sudah menghafal semua laluan dan escape route untuk membawa Pres. Obama Keluar dari kawasan bahaya.



Di percayai rangkaian keselamatan bukan sahaja dalam berbentuk rangkaian circular ring yakni yang mengelilingi Presiden, yang lingkaran di kawasan Presiden berada, circle di luar bangunan dan laluan ke airport.

US Secret serivice mempunyai kuasa menembak sesiapa sahaja yang mereka syaki, dan mereka tidak hirau jika tersilap orang kerana ia boleh di bayar dengan pampasan dan ganti rugi lain, asal kan nyawa Presiden selamat.

Pada anggota USSS ini biar nyawa mereka yang melayang jangan nyawa Presiden yang melayang.

Tapi jika dikabarkan tentu ramai orang akan mengeleng kepala dan tidak mempercayai, bahawa jika Pres Obama berada di Malaysia , kapal perang Amerika yang terdekat juga bersedia dengan helikopter nya sebagai “back up” mengutip Presiden jika dia berada di dalam bahaya.

Tentu sekali yang terdekat ada lah yang sedang  berada di Singapura.



Kita tidak pasti sama ada kereta rasmi Presiden yang di gelar The Beast sudah tiba atau pun belum. Apa yang menarik nya ada lah The Beast bukan satu tetapi dikata kan di klon sehingga 3.

Dan ia di bawa dengan pesawat khas juga.



Tahukah kah kita jika kereta Presiden terhenti lebih dari  beberapa saat ketika menuju ke destinasi nya sudah di kira sebagai keselamatan sudah gagal?

Ini konon nya kerana waktu beberapa saat itu lah peluang besar untuk penembak tepat menjalankan kerja nya, Amerika sudah  belajar dari kesilapan yang terjadi kepada Presiden John F Kennedy.

Mari kita tengok pula pesawat canggih Air Force One.



Sedikit yang sempat kami selidik ada lah Pesawat Air Force One ini ada lah berperanan sebagai pejabat dan tempat terselamat untuk Presiden.

Jika negara Amerika di serang peluru berpandu atau pun serangan bom nuklear atau juga darurat permulaan peperangan, dicoretkan bahawa 2 perkara akan di lakukan.



Presiden akan di terbangkan sambil di escort oleh pesawat pejuang dan pesawat minyak untuk kemana tidak di beritahu. Dan Naib Presiden akan di sorok kan di sebuah tempat di bangunan di bawah tanah.

Di Malaysia juga diamal kan perkara sama, Timbalan Perdana Menteri dilaranguntuk berada bersama dengan Perdana Menteri didalam satu pesawat. Its a no no.

Cerita berkenaan pesawat ini ada pada filem “Air Force One” yang di lakon kan oleh Harrison Ford. Malah boleh di lihat bagaimana Presiden di eject dengan kerusi khas keluar dari pesawat bila keadaan emergency.


Seluruh US Embassy sudah bersedia berbulan lalu menyediakan option keselamatan danescape route untuk Presiden. selain itu mereka juga menjalani “Mock run” untuk option kedua dan ketiga,

Rakyat Malaysia mungkin akan dapat melihat suasana yang amat menarik apabila tiba nya Presiden Amerika kenegara kita dalam era baru ini. 

sumber

Monday, 28 April 2014

5 REAKSI OBAMA MAKAN BUDU KELANTAN !

5 REAKSI OBAMA MAKAN BUDU KELANTAN !

5 REAKSI OBAMA MAKAN BUDU KELANTAN !

Dalam menanti kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuat lawatan pertama ke Malaysia selama tiga hari ini, kita tanyakan kepada para pembaca, apa yang anda ingin melihat Presiden Obama mencuba semasa berada di Kuala Lumpur. Semestinya bukan perkara yang boleh didapati di negara Asia lain dan menariknya jawapan yang diberikan adalah ramai ingin melihat Presiden Obama makan budu!
Mereka yang berasal dari negeri Kelantan mesti bangga dengan hasil survey ini.
Kami tidak pasti seandainya makan malam yang bakal dihadiri Obama malam ini akan menghidangkan budu (yalah, takut sakit perut pula warga Amerika Syarikat), tetapi kita fikirkan sendiri bagaimana rupanya reaksi yang pasti diberikan Presiden Obama jika dihidangkan budu.

“I love Malaysian food. Of course I’ll try!”


5 Reaksi Obama makan budu2 infomedia.my
Andaikan Presiden Obama ditanyakan dahulu samada beliau sanggup mencuba budu. Untuk menjaga hati tuan rumah, Obama pasti akan setuju.

“It smells weird”


5 Reaksi Obama makan budu3 infomedia.my
Mula-mula cium bau sebelum makan. Nampaknya Presiden sudah berfikir dua kali samada ingin menelan budu atau tidak.

“Saya kena tanya Michelle dahulu”


5 Reaksi Obama makan budu4 infomedia.my
Sebagai seorang suami mithali, semestinya Obama akan rujuk kepada isteri tersayang, haruskah beliau mencuba hidangan budu? Boleh bayangkan perbualan antara Barack dan Michelle, “Darling, I macam tak sure nak makan ke tak. Bau dia pelik sangat lah babe.”

“OK here we go.”


5 Reaksi Obama makan budu5 infomedia.my
Michelle mungkin marahkan Barack kerana telefon waktu beliau sedang tidur. Jadi Barack pun dengan relanya mencuba sesudu budu bercampur nasi.

“It ain’t that bad after all.”


obama dance
President approves. Ternyata budu Kelantan produk terbaik milik Malaysia.
sumber 

Saturday, 26 April 2014

Obama Datang Malaysia: “Untuk memberitahu anda, saya perlu membunuh anda”



KUALA LUMPUR: Bersedialah dengan kawalan keselamatan peringkat tertinggi menjelang ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama di ibu negara pada Sabtu ini.

Menjadi tradisi apabila pemimpin tertinggi AS itu berada di luar negara, tahap keselamatan sama ada di jalan raya mahupun ruang udara sering dititik-beratkan.

Selain kehadiran polis, beberapa jalan utama di ibu negara akan ditutup dengan ‘zon larangan terbang’ dikuatkuasakan menjelang ketibaan Obama di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, petang Sabtu.

Setiap orang mengunci mulut mengenai setiap pergerakan Obama di sini.

Seorang pegawai Kedutaan AS memberikan respons dengan berkata: “Untuk memberitahu anda, saya perlu membunuh anda.”

Perkhidmatan Rahsia AS telah berada di negara ini sejak beberapa bulan lalu, bagi ‘melindungi’ laluan, hotel dan lokasi yang akan ditujui Obama.

Pesawat kargo tentera AS telah mula menghantar peralatan logistik untuk lawatan Obama termasuk kenderaan sokongan dan trak sarat dengan kepingan kaca kalis peluru untuk melindungi cermin hotel yang menempatkan presiden itu.

Lawatan Obama ke Malaysia merupakan yang pertama dilakukan Presiden AS dalam tempoh 48 tahun lalu selepas kunjungan terakhir oleh Lyndon B. Jonhson pada 1966.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan langkah keselamatan di ruang utama akan diperketatkan.

Beliau berkata, jabatan itu sudah berada dalam keadaan sedia.

“Saya tidak boleh beritahu anda lebih banyak mengenainya kerana ia akan melanggar etika,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis sudah bersedia sepenuhnya dalam aspek keselamatan.

“Kami mempunyai pasukan yang mencukupi dan akan bekerjasama dengan agensi lain bagi memastikan segalanya berjalan lancar,” katanya.

Presiden AS ke-44 itu akan dibawa menggunakan kereta berperisai, Cadillac One yang dilengkapi dengan semua ciri-ciri keselamatan.

Suasana sepanjang kunjungan Obama di Malaysia pernah dirasai di Tokyo, dimana kira-kira 16,000 anggota polis dikerahkan untuk mengawal keselamatan Obama yang berkunjung ke negara matahari terbit itu hampir dua dekad lalu.

Obama kini berada di Jepun dan akan berangkat ke Seoul sebelum memulakan lawatan ke Malaysia, Sabtu ini.

Media tempatan melaporkan, satu pertiga anggota polis ditugaskan semasa lawatan dua hari Obama ke Jepun yang bermula pada Rabu. – mStar

View the original article here