Thursday 9 April 2015

6 FOTO Baby Bump kembar Erin Malek paling ketara dan besar

Beberapa minggu yang lalu khabar gembira tentang kehamilan Erin Malek mula tersebar di internet. Malah hasil perkongsian foto imbasan kandungannya oleh ahli keluarga terdekat, Erin Malek disahkan mengandung anak kembar.

Kami cuba ushar-ushar sikit foto terbaru Erin Malek dan hasilnya, baby bump dah kelihatan!
Baby Bump Anak Kembar!
Menerusi foto terbaru hasil perkongsian Erin Malek di laman Instagramnya, jelas kelihatan baby bump yang semakin membesar.

Walaupun usia kehamilan Erin Malek mungkin di peringkat awal tapi iyalah anak kembar kan, mesti kadar pembesarannya berbeza berbanding kebiasaan.
Disedari Peminat
Peminat yang teruja dengan perkhabaran tersebut tidak henti-henti merakamkan ucapan tahniah kepada Erin Malek yang bakal bergelar ibu di usia muda tak lama lagi.

Malah foto terbaru Erin Malek ini turut mendapat perhatian para peminat yang perasan akan kecomelan baby bump tersebut.


Mungkin terlalu excited dengan kehamilan anak kembar Erin Malek, kami cuba Youtube twins baby bump dan ini hasilnya. Apa-apa pun tahniah Erin Malek! - Ohbulan.




No comments:

Post a Comment