Showing posts with label ORANG. Show all posts
Showing posts with label ORANG. Show all posts

Monday, 28 April 2014

Apa Yang Dilakukan Oleh Dua Orang Russia Ini 100% Gila. Tapi Mereka Berhak Memenangi Medal Keberanian!


Kami akui, selepas menonton video ini kami turut terasa gayat, tangan berpeluh pekat, jantung berdegup kencang dan kepala terasa mual. Sedikit cuak pon ada.
Tetapi apa yang mereka lakukan?
Vadim Makhorov and Vitaliy Raskalov terkenal dengan sifat “daredevil” (baca hati kering a.k.a berani gila) telah menaiki Shanghai Tower yang masih lagi dalam proses pembinaan. Shanghai Tower dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di China dan bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di UAE.
Apa yang membuatkan mereka digelar “daredevil”? Ini kerana meraka menaiki Shanghai Tower tanpa sebarang peralatan dan krew penyelamat. Mereka hanya memerlukan 2 jam sahaja untuk sampai ke puncak dan seterusnya menghabiskan 18 jam untuk tidur, berehat dan menunggu cuaca kembali stabil untuk turun.
Sila enjoy gambar di bawah sambil ketap gigi.
shanghai-tower-climb-pictures-vadim-makhorov-5
photos-from-shanghai-tower-climb-vitaliy-raskalov-3    photos-from-shanghai-tower-climb-vitaliy-raskalov-51
shanghai-tower-climb-pictures-vadim-makhorov-4
shanghai-tower-climb-pictures-vadim-makhorov-2
shanghai-tower-climb-pictures-vadim-makhorov-3
video


sumber

Wednesday, 16 April 2014

10 orang yang selamat terjatuh dari kapal terbang

type='html'>
10+orang+selamat+terjatuh+dari+kapal+terbang
Harapan Mh370 Dijumpai


Sebelum kita pergi ke Senarai 10 orang terselamat jatuh dari kapal terbang marilah kita kenang kejadian yang berlaku di negara tercinta Malaysia . Yang mana pesawat mh370 yang hilang sudah sebulan . Walaupun harapan nampaknya semakin tipis apabila ada kesimpulan yang mengatakan pesawat Mh370 tersebut jatuh ke laut yang penuh gelora Lautan Hindi - Lihat Video . Semoga harapan dan doa dari kalian mampu memberi satu keajaiban seperti yang belaku kepada 10 orang ini . 

Inilah Dia 10 Orang Yang Selamat Jatuh Dari Kapal Terbang



1. Jatuh dari 33 Ribu kaki 
pramugari+terselamat+jatuh+dari+kapal+terbang
Sebuah kapal terbang yang ditembak oleh penjahat dan menyebabkan kapal terbang tersebut hilang kawalan lalu jatuh menjunam . Dalam saat itu ,  kapal terbang yang dalam ketinggian 33 ribu kaki itu menjunam .

 Dalam saat ini mungkin tiada harapan yang boleh diberi agar ada yang selamat . Tetapi dengan kuasa Allah yang maha esa ada juga yang masih hidup iaitu Vesna Vulovic , seorang pramugari yang berumur 22 tahun ketika itu . Pramugari yang terselemat dari 22 orang yang berada di dalam kapal terbang tersebut walaubagaimun Koma selama 27 hari . Beliau juga menderita patah kaki dan pinggul cedera. 17 bulan lamanya untuk memulihkan kecederaan yang berlaku . 

2. Jatuh 6000 kaki tanpa sebarang sut 
jatuh+dari+6000+kaki+tanpa+sebarang+sut


Sebagai pecinta skydiver, lelaki berasal Staffordshire ini tentu tak asing dengan melayang-layang di udara. Namun sepertinya skydiver hampir saja mengambil nyawa lelaki bernama James Boole ini. James pernah terjatuh dari ketinggian 6.000 kaki dengan kecepatan 100 km/jam di atas langit Rusia.

Bahkan saat itu payung terjun yang melekat di tubuh James tak bisa terbuka. Banyak orang yang menyangkakan bahwa James akan mati saat terjatuh ke bumi. Namun sepertinya Tuhan masih memberikan James kesempatan hidup. Saat itu beberapa detik sebelum menghujam bumi, lelaki berusia 31 tahun ini berjaya membuka payung terjun meskipun tubuhnya melanggar bebatuan. James menderita patah tulang belakang dan dia yang untungnya dia masih hidup. 

3. Jatuh 18.000 Kaki 

terselamat+jatuh+dari+kapal+terbang+ketinggian+18000+kaki
Sersan Nicholas Stephen Alkemade
Sebagai seorang pilot tentera , Sersan Nicholas Stephen Alkemade harus bersiap sedia akan apa-apa sahaja kemalangan yang bakal berlaku . Dan pilot yang berumur 21 tahun ketika itu akhirnya menemui satu cerita buruk dalam hidupnya apabila 24 march 1994 kapal terbangnya ditembak musuh lalu hilang kawalan .

Kapal yang terbakar tidak dapat lagi dicontrol menyebabkan Pilot yang berusia 21 tahun itu berfikir lebih baik mati ditemui jasat berbanding mati terbakar . Beliau melompat dari kapal terbang dari ketinggian kira-kira 18000 kaki tinggi . Beliau yang cedera di leher mampu mengerakkan kaki dan tanggannya . 

Pegang kaki kawan di udara 
jet+pejuang+ditembak+jatuh+tapi+selamat


Seorang lagi pilot jet pejuang yang mengalami kisah buruk , Jet pejuang yang bawa oleh pilot tentera udara Australia ini ditembak oleh musuh pada tahun 1944 . Joe Herman yang jatuh melayang-layang mempertahankan nyawanya dengan harapan masih hidup , Beliau memegang kaki kawannya dan turun dengan selamat kepermukaan bumi . Walaubagaimanapun , herman patah tulang rusuk . 

Jatuh di ketinggian 12000 kaki , seorang skydiver Dave Hodgmen yang tersilap membuka payung terbang di ketinggian 12ribu kaki menyebabkan beliau dan rakan beliau tersangkut diudara dan mengalami situasi cemas . Beliau dan rakan beliau cuba mempertahankannyawa dengan mengawal payung terjun dan selamat jatuh di bumi di atas batu-batu kecil , mereka mengalami cedera ringan . 

Satu-satunya yang selamat 

satu+satu+yang+terselamat+kapal+terbang+terhempas


Mungkin Penerbangan Di Malam Natal itu tidak dapat dilupakan oleh wanita Juliane Koepcke dimana ibunya meninggal bermasa 97 orang yang lain . Penerbangan dari LIMA ke Pucallpa itu meragut semua nyawa penumpang kecuali dia ( Juliane Koepcke ) . Kapal terbang itu terhempas di dalam hutan Amazon . Juliane yang menyedari sehari selepas kapal terbang terhempas menyedari badannya luka-luka. 

Dan beliau mengigati kata ayahnya untuk meyelamatkan diri , ikutilah aliran air . Semasa mengikuti aliran air beliau hampir diterkam buaya pula . 10 hari sesat di dalam hutan ditemani luka dan air sahaja akhirnya beliau menemui orang asli dan di bawa ke desa perkampungannya . 

pilot+membawa+kapal+terbang+ditembak+lalu+jatuh


Letnan Chisov dari angkatan udara Uni Soviet mengalami hal mengerikan saat prajurit Jerman menyerang pesawatnya pada Januari 1942 silam. Hal itu membuat Chisov harus menyelamatkan diri dari ketinggian 22 ribu kaki. Di tengah pertempuran udara, Chisov memutuskan tak membuka parasut karena takut akan diserang musuh dan memilih untuk baru membuka parasut beberapa ribu kaki di bawah serangan udara. Namun tiba-tiba Chisov pingsan saat dia melayang di udara dan tak mampu menarik kabel parasutnya. Tubuh Chisov sendiri membentur tepian jurang bersalju pada kecepatan 120 - 150 m/jam lalu dia meluncur dan berguling terjatuh. Chisov menderita cedera tulang belakang dan patah tulang panggul namun selamat dan bisa terbang lagi 3 bulan kemudian!

View the original article here

Wednesday, 26 March 2014

BENARKAH ORANG KURUS ITU CANTIK ?

type='html'>


KURUS atau Langsing menjadi impian semua orang, baik lelaki mahupun wanita. Sering kali cantik itu dikaitkan dengan kurus. Kurus itu cantik. Dua benda yang sangat sinonim. 

Wanita berbadan gemuk dikatakan kurang menarik. Hakikatnya semua orang mahukan tubuh langsing. Ada yang sanggup melaburkan wang beribu-ribu untuk melakukan pembedahan membuang lemak-lemak di badan. Kurus membolehkan mereka berjalan dengan langkah yang bertenaga dan lebih yakin. 

Berat 45 kilogram dan ke bawah adalah timbangan yang ingin dicapai bagi golongan berbadan besar. Semakin kurus semakin mereka suka tanpa menyedari keadaan itu akan memudaratkan diri juga. Mereka mengandaikan berat berlebihan adalah tidak cantik dan memalukan. 

Keadaan ini sekali gus menyebabkan mereka menjadi seorang yang pasif dan kurang dalam pergaulan, sama ada sesama jantina ataupun berlawanan jantina. Kurus, gemuk dan cantik biasanya menghantui wanita berbanding lelaki. 

Diet yang melampau, pil kurus mahupun ke pusat-pusat kecantikan menjadi pilihan mereka yang ingin mendapatkan bentuk badan ideal. 

Mereka sanggup berbelanja besar membeli pil-pil tersebut tanpa menghiraukan kemudaratan menanti di kemudian hari. Sudah ramai yang menjadi mangsa, terpedaya, namun sehingga kini tiada orang serik menggunakan bahan-bahan terlarang untuk mendapatkan bentuk tubuh badan ramping. 

Jumlahnya tidak pernah berkurangan malah lambakan produk-produk dan pil-pil tersebut menunjukkan bahawa ia mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat. 

Pernahkah kita berfikir mengapa saiz S menjadi pilihan si gadis? Tapi dengan pemakanan yang tidak boleh dikawal, bagaimana impian langsing akan jadi nyata? 

Makan itu boleh tetapi makan perlu baik. Makan secara baik ini bukan sahaja boleh melangsingkan badan, malah sangat memberi kesan positif kepada kesihatan. 

Diet itu perlu bagi sesiapa yang bertubuh gempal melebihi tahap BMI, namun diet yang melampau dan melebihi batas kemampuan badan hendaklah di hentikan dengan kadar segera. 

Sihat sepatutnya menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa yang cantik semata. Kesihatan itu lebih mahal harganya dari bentuk badan yang cantik. Terdapat beberapa tip atau petua yang mudah untuk kuruskan badan dengan makan yang baik. 

Pertama mengelakkan makan makanan ringan seperti kerepek, biskut, jajan dan sebagainya. Ini adalah kerana makanan ringan ini tidak mengandungi sebarang khasiat yang lengkap untuk tubuh badan dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan, di samping pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang berbahaya untuk kesihatan. 

Kedua pengambilan protein sihat iaitu ‘protein putih’. Kurangkan sumber ‘protein merah’ seperti daging yang kaya dengan lemak tepu. Makanan tinggi protein putih seperti ikan, tauhu, tempe, telur, udang atau sotong. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita seperti daripada sumber kekacang. 

Ketiga makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Seperti yang kita ketahui buah-buahan dan sayuran hijau mempunyai pelbagai khasiat anti oksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh badan. 

Keempat, banyakkan minum air kosong atau air mineral. Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam badan kerana ia adalah berkalori kosong dan ia memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia. 

Sentiasa amalkan lapan gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori tinggi dan indeks glisemik yang tinggi. 

Kelima amalkan pengambilan suplemen seperti multivitamin, vitamin C, vitamin E, anti oksidan, omega 3, mineral kalsium, magnesium, zink, dan lain-lain. Ini membantu mengekalkan sistem metabolisme tubuh ke tahap yang optimum. Banyak kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti omega 3 yang boleh menurunkan berat badan. 

Petua-petua ini jika diamalkan mampu menyumbang kepada berat badan ideal dan juga kesihatan yang baik. Tidak salah kalau mencuba andai mahukan tubuh badan yang cantik dan sihat.

View the original article here


View the original article here