Sunday 19 April 2015

12 Foto percutian Azrinaz Mazhar di London yang amat mewah

Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim kini semakin menjadi tumpuan ramai terutama di majlis korporat mahupun majlis makan malam.

Tertarik dengan gambar yang dikongsikan olehnya di Instagram yang begitu anggun, mewah dan cukup bergaya. 
Menggayakan rekaan baju-baju terkini dan warna yang sesuai dengan personalitinya membuatkan Azrinaz berada diliganya tersendiri. 
Walaupun memegang status ibu tunggal, namun tidak menghalang dirinya untuk menceburi bidang keusahawanan dalam industri telekomunikasi iaitu Clixster Mobile. 
Azrinaz yang memegang jawatan sebagai pengarah syarikat dan difahamkan pengguna talian Clixster telah mencecah lebih 200 ribu orang pengguna. 
Teringat lagi ketika beliau membuat lintas langsung sebagai wartawan TV, boleh terpaku melihatnya yang petah berkata-kata dan menghuraikan fakta-fakta penting buat penonton. 
Dengan kesempatan ini, dikongsikan kepada anda antara gambar-gambar Azrinaz yang mesra aksinya di depan kamera - Murai Batu.










Saturday 18 April 2015

4 FOTO fesyen pelik rambut terkini Lisa Surihani amat memeranjatkan

Tahniah sekali lagi kepada pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU selepas aktres jelita itu diketahui ramai sedang hamil anak sulung mereka yang didakwa kembar.

Kami yakin, individu yang paling gembira sekarang sudah tentulah Yusry kerana segala kritikan dan pandangan negatif yang dilemparkannya orang ramai kepadanya hanya mampu menutup mulut.

Terbaru, Lisa Surihani tampil dengan fesyen rambut yang lain dari yang lain seiring dengan pembesaran kandungannya.
Jom tengok 4 FOTO bentuk rambut terkini Lisa yang kelihatan pelik dan memeranjatkan.

Friday 17 April 2015

KANTOI SUDAH !!! Ini wajah sebenar bakal suami Dynas Mokhtar (4 FOTO)

Pelakon dan pengacara TV, Dynas Mokhtar, akui teruja dan tidak menyangka bercinta dengan kawan sekolah menengah walaupun ketika itu mereka hanya berkawan biasa.

Pada mulanya perbualan dan perhubungan itu tidaklah serius dan secara tiba-tiba ia mekar menjadi kepada pasangan kekasih.

“Saya sampai sekarang macam pelik, almaklumlah semasa di bangku sekolah kami memang mengenali antara satu sama lain, dia tahu saya ‘dating’ dengan siapa dan begitu juga dia, akan tahu saya akan berpacaran dengan siapa.

“Tapi saya memang tahu dia memang baik dan memahami, sikap dan minat dia juga sama dengan saya iaitu pergi ke majlis-majlis korporat, fashion show dan sebagainya, jadi dia bukan jenis yang pemalu,”
kata Dynas kepada H-Live.

Ketika ditanya adakah perhubungan kasih dan sayang mereka ini akan berakhir ke jinjang pelamin, Dynas menjawab bergantung kepada masa dan keadaan untuk sebarang keputusan.

“Saya hanya doakan yang terbaik, serah keputusan kepada si dia dan keluarganya, mungkin sebelum ini saya banyak sorokkan mengenai kisah cinta saya, untuk dia saya berani untuk kongsikan kepada semua.

“Apa-apa pun ini semua sudah tertulis, saya dengan secara jujurnya memang selesa bercinta dengannya, kerana perasaan ini lahir secara semulajadi dengan tidak sengaja,”
ujarnya.

Sumber : Murai Batu
V
V
V
V
V
V


Thursday 16 April 2015

2 FOTO fesyen rambut Hafiz Suip AF paling pelik

Beberapa hari lepas, Hafiz Suip telah tampil dengan imej baru dimana beliau telah mewarnakan rambutnya kerana merasa bosan dengan gaya lama. Walaubagaimanapun, tindakan Hafiz telah mengundang pelbagai kritikan dan tomahan ramai pihak.
Menyedari akan perkara tersebut, Hafiz tidak mahu memberikan komen lanjut dan bertindak untuk berdiam diri kerana masyarakat lambat laun akan berhenti bercakap mengenainya.
"Saya menerima banyak tomahan tapi saya tidak ambil peduli sangat apa yang kata orang kerana apa yang terletak pada hati masing-masing. Apa yang penting nawaitu kita. Saya tidak melenting bila dikritik. Saya hanya berdiam saja kerana saya tahu lambat laun orang akan berhenti bercakap dan perkara ini akan reda sendiri.

Apa yang saya buat ini, dosa dan pahala saya tanggung sendiri. Janji saya tidak tinggal solat dan soal itu biar antara saya dengan Tuhan."


Percubaan awal Hafiz untuk mewarnakan rambutnya tidak berjalan dengan lancar dan terpaksa untuk diwarnakan buat kali kedua agar tampak lebih elok.
"Sewaktu saya balik ke Kuching tempoh hari, saya pergi ke salon untuk warnakan rambut tetapi hasilnya rambut saya jadi warna merah bukannya seperti warna yang saya mahu. Bila balik ke Kuala Lumpur, saya ke sebuah salon di Subang. Penggaya rambut di sana beritahu yang warna rambut yang saya inginkan susah nak dapat sebab rambut saya jenis rambut orang asia.

Cuma ada satu cara saja iaitu rambut saya dibilas dan kemudian barulah diwarnakan semula dan akhirnya dapatlah warna ‘ash silver grey’."
Sumber : Beautifulnara

Wednesday 15 April 2015

Ini foto pertama anak kedua Norman Hakim, Memey Suhaiza selamat bersalin

Memey Suhaiza isteri kepada Norman Hakim telah selamat melahirkan anak keduanya sekitar jam 9.57 malam semalam.

Bayi seberat 3.45kg itu tidak diketahui jantina.

Berita kelahirannya disampaikan oleh Norman sendiri menerusi video di laman IGnya miliknya.

"Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar... terima Kasih Allah... terima kasih mummy @memeysuhaiza. Another greatest 'award' by Allah. The arrival of Khalifah Allah #mdhsuperjr #8April2015 #9.57 pm #3.45kg," ujar Norman di laman IGnya.

Untuk rekod, Norman dan Memey mendirikan rumahtangga mereka pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim, 2.


Norman sebelum ini pernah mempunyai tiga orang anak iaitu Mohammad Danish Hakim, 12, Marissa Damia Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim, 7, hasil dari perkahwinan pertamanya dengan Abby Abadi.

Sumber : Myartis







Tuesday 14 April 2015

(9 FOTO) Usia kandungan Lisa Surihani paling ketara dan besar

Tahniah sekali lagi kepada pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU selepas aktres jelita itu diketahui ramai sedang hamil anak sulung mereka yang didakwa kembar.

Kami yakin, individu yang paling gembira sekarang sudah tentulah Yusry kerana segala kritikan dan pandangan negatif yang dilemparkannya orang ramai kepadanya hanya mampu menutup mulut.

Nah... bagi korang yang tetap setia mengikuti perkembangan usia kandungan Lisa Surihani ketika ini, kami berbesar hati untuk berkongsi 9 FOTO usia kandungan Lisa Surihani semakin besar.

Monday 13 April 2015

Subhanallah !! 6 FOTO wajah terkini Leuniey Natasha, isteri Apek sangat mengejutkan

Tidak diketahui pula sama ada Leuniey sudah bertudung sepenuhnya atau hanya mencuba-cuba.
Namun yang pasti kecomelan Leuniey lebih terserlah apabila bertudung.
Tentu Apek ialah orang yang paling seronok sekiranya Leuniey memakai tudung sepenuhnya.
Harap-harap begitulah.
Abang Nara respek dengan pasangan suami isteri ini kerana mereka memang nampak bahagia dan saling melengkapi antara satu sama lain....
Sumber : Thedaunmedia