Showing posts with label Kecil. Show all posts
Showing posts with label Kecil. Show all posts

Saturday, 24 May 2014

Nafi Putus Cinta, Nelydia dan Qi Hanya Salah Faham Kecil.



Pelakon Nelydia Senrose, 20, menafikan hubungan cintanya dengan pengacara, Qi Razali, 36, sudah berakhir seperti desas-desus yang mengatakan hubungan mereka kini berantakan.

Sebaliknya Nelydia berkata kepada akhbar Bpop semalam, ianya hanya berlaku salah faham sahaja di antara mereka.

"Hanya salah faham kecil sahaja. Tak pernah putus pun. Hubungan kami masih OK," katanya.

Apabila ditanya adakah mereka sudah merancang untuk melangkah ke peringkat seterusnya, pelakon drama bersiri popular Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu memberithau setakat ini belum ada apa-apa perancangan lagi.

"Saya hanya mampu berserah pada jodoh mengenai hal ini. Soal masa depan kita tak mampu jangka.

"Tak dinafikan, kami memang ada berbincang soal itu, tapi untuk kesahihan lanjut memang tak ada lagi," jelasnya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Nelydia bakal terbang ke Paris pada 20 Mei ini untuk penggambaran drama Strawberi dan Karipap.murai.com.

View the original article here

Saturday, 17 May 2014

Komik Paling Kecil di Dunia Dilukis Dalam Sehelai Rambut.

Jangan berharap anda boleh melihat langsung komik ini dengan mata . Seniman Jerman, Claudia Puhlfürst telah bekerjasama dengan penganjur EHSM, yang merupakan singkatan dari 'Exceptionally Hard & Soft Meeting, sebuah persidangan ilmu pengetahuan dan informatika.

 Mereka bersama-sama mencipta komik "terkecil di dunia", yang dilukis pada rambut manusia. Puhlfürst manggambar komik, dan Andrew Zonenberg memanfaatkan sinar ion memberi tumpuan, di mana dengan kelajuan jet dan dan bahan yang sangat tajam digunakan untuk mengukir komik ke sehelai rambut.
 






Jom saksikan video berikut ini:

View the original article here