Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Tuesday, 13 May 2014

Video Persandingan Syasya Solero Di SACC Shah Alam

Video Persandingan Syasya Solero Di SACC Shah Alam - Akhirnya Personaliti internet yang popular dan menjadi fenomena suatu ketika dulu iaitu Syasya Solero ‘bersanding’ bersama pasangan di SACC Shah Alam Convention Center pada 3 Mei lalu. beliau terkenal dengan tagline "macam cantikje...macam comel je..." ingat lagi tak? ....











Walaubagaimanapun…



Sebenarnya itu hanyalah gimik sahaja, beliau sedang menjadi model untuk peragaan pengantin di Malaysia Wedding Festival (MEFA) yang diadakan di SACC Shah Alam.


Syasya masih lagi single dan kepada jejaka yang menaruh minat kepada gadis ini, masih ada harapan untuk anda!


Di bawah adalah video persandingan itu.



View the original article here

Friday, 9 May 2014

Setiausaha Guna Susu ‘Semulajadi’ Untuk Bosnya! (Video)




Kecoh di Amerika Syarikat apabila gara-gara seorang setiausaha bertindak mengenakan majikannya. Perbuatan tersebut telah dirakam oleh kamera CCTV dan telah tersebar di media-media sosial termasuk Youtube.



Kejadian ini berlaku di sebuah pejabat yang dirahsiakan namanya dan terletak di Oklahama City.



Tak tahu apa yang ada dalam fikiran seorang setiausaha hingga tergamak memerah susu sendiri kedalam kopi untuk dijadikan hidangan bosnya.






Perbuatan pelik ini terbongkar apabila setiausaha tersebut tidak menyedari gelagatnya telah dirakam oleh kamera litar tertutup yang dipasang di pantri pejabatnya.





Pada mulanya setiausaha tersebut kelihatan bersahaja membuka peti ais, mengambil susu kotak, menuang ke dalam cawan lalu meminumnya.



Bagaimanapun tidak lama selepas itu dia mula menyingkap baju dan memerah susu sendiri ke dalam kotak sebelum mencampurnya ke dalam minuman.



Difahamkan, perbuatan ini membuatkan setiausaha tersebut dibuang kerja. -MyNewsHub

View the original article here

Thursday, 8 May 2014

Video Wak Doyok Gagap Berbahasa Inggeris



Pemilik jenama The Garment ini cukup terkenal dengan imej misai dan gaya maskulin Inggerisnya sehingga menjadi ikutan ramai selebriti tanah air.

Menerusi program televisyen Skool of Lawak, satu sesi video temubual dalam bahasa Inggeris bersama Wak Doyok telah disiarkan yang memperlihatkan pereka fesyen ini dilihat sedikit tergagap untuk menjawab soalan daripada pengacara tersebut.

Ia sekaligus mencetuskan persoalan di kalangan penonton di laman YouTube, adakah Wak Doyok kurang fasih berbahasa Inggeris?

Namun begitu, pereka fesyen ini merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan di sebuah universiti di Jerman sekaligus menggambarkan dia seorang yang berpendidikan tinggi.

Tapi, adalah lebih baik kita bersangka positif sahaja. Mungkin Wak Doyok blur seketika sewaktu menjawab soalan tersebut sehingga menyebabkan dia tergagap.






Sumber











PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



View the original article here

Friday, 2 May 2014

Video tak senonoh wanita cantik tepi pantai yang mengejutkan manusia!!


Berada di tepi pantai sememangnya dapat memberi satu macam hiburan kepada individu yang inginkan ketenangan dari segala macam kesibukkan dan gangguan jiwa dalam kehidupan seharian. Mendengarkan deruan ombak yang membadai pantai serta tiupan angin yang kadang kala kuat dan ada masanya sepoi-sepoi bahasa, membuatkan kita terpesona dengan keindahan alam semesta.

Namun selain dari faktor persekitaran yang cantik dan menenangkan, wanita cantik juga menjadi perhatian di tepi pantai.  Sama ada mereka berpakaian mengghairahkan mahupun wajah mereka sememangnya ada daya penarik untuk lelaki memandang dan mencari jodoh.

Dalam artikel kali ini, saya berkongsikan satu video yang "mengejutkan" yang boleh membuatkan lelaki mahupun perempuan berdebar-bedar selepas menyaksikannya.  Video ini memaparkan seorang wanita yang bolehlah dikategorikan sebagai wanita cantik, melakukan aksi "tak senonoh" a.k.a kurang sopan di tepi pantai.  Bahasa yang digunakannya mungkin bahasa Mexico atau Perancis.
 
 

Thursday, 24 April 2014

VIDEO : Jawapan Dan Penjelasan Penuh Ustaz Don Buat Wardina!!!

type='html'>
Umum telah mengetahui isu atau perselisihan di antara Wardina dan Ustaz Don yang dimulakan Wardina sehingga kepada Wardina memohon maaf. Bagi yang terlepas isu ini, Video di bawah adalah jawapan Ustaz Don kepada Wardina Safiyyah.




Wardina telah menulis satu respons panjang lebar untuk menerangkan perkara ini :

Bismillah,

Saya terkejut dengan respons untuk post Ustaz Don. Seharian sibuk dan melihat response yang berbagai sebelah petangnya. Cukup sedih membaca sesetengah dari komen-komen. Saya mahu kepastian dengan isi penyampaian ustaz setelah dishare video ini di inbox saya, dan ditanya oleh seseorang. Saya biasa bertanya dan berkongsi permasalahan dan persoalan yang ditanya kepada saya.

Saya TIDAK pernah 1.MENGUTUK 2.MENGECAM 3.MEMPERLEKEHKAN Ustaz. Saya tak pasti dan kecil hati serta keliru melihat pertuduhan Ustaz kepada Ikhwanul Muslimin (halal darah mereka…Ikhwanul Muslimin adalah salafy wahabi?) dan sesetengah kisah yang ustaz bawa. TIdak ada kata-kata kesat mahupun tidak baik dari saya. Semuanya jujur dari hati.

Kita semua perlu bertanggungjawab dengan apa yang kita sampaikan. Ada khabar angin entah dari mana mengenai staff di TV Hijrah minta saya upload video TIDAK BENAR. Saya tak kenal staff tersebut.

“Sebab utama Wardina mengecam Ustaz Don adalah kerana ada staf dalam TV Alhijrah yang tidak mendapat surat jemputan ke United Kingdom seperti yang diperolehi oleh Ustaz Don sakit hati, kemudian staf tersebut dikatakan mengedit video itu dan meminta Wardina menghentam Ustaz Don Daniyal melalui video tersebut.”

??? Tak ada masa saya ikut cakap staff yang saya langsung tak kenal. Agak tak masuk akal. Sebenarnya tak masuk akal langsung.

Saya sebagai seorang yang mahukan kebenaran, mencari dan bertanya. Saya suka bertanya. Saya ikhlas bertanya. Bukan ada niat tersembunyi dimana-mana. Banyak perkara yang saya kongsi di FB. Ini satu daripadanya. Saya ingat pada mulanya mahu kita berdiskusi, namun jelas kita belum boleh bersifat terbuka. Maafkan saya.

Video tersebut…ya iainya diedit… namun pada saya ianya BUKAN video aib. Itu ceramah ustaz, apa yang aib tentang ceramah ustaz? Menggali masa silam saya, ya itu aib. Maafkan saya kerana cuba bertanya. Sebab saya ini jahil, tidak ada ilmu. Ramai yang berkata kepada saya kenapa tidak bertanya secara ‘private’? Sebab jujur sebelum ini saya rasa tak perlu, sebab ianya BUKAN video aib. Ianya ceramah ustaz. BUKANnya video mengaibkan ustaz. Saya tidak lihat ianya sebagai mengaibkan ustaz.


Saya juga tidak ada handphone Ustaz Don. Setelah ini terjadi maka saya mencari dan sudah sms Ustaz tadi setelah bertanya kepada rakan. InsyaAllah saya yakin Ustaz akan jawab. Saya akan cuba hadir ke kuliah Ustaz dan cuba bersemuka dengan Ustaz InsyaAllah. Saya orang yang jujur. Tak ada yang mahu disembunyikan. Ustaz orang yang baik, saya pernah berjumpa dengan Ustaz dan Husna di rumah Prof Muhaya. Saya hormat Ustaz sebagai orang yang lebih alim dan berilmu dari saya. Saya ni pula pendosa.

Ini bukanlah personal attack kepada ustaz. Cuma mahu bertukar pendapat secara terbuka mengenai “inti” ceramah ustaz. Orang ramai memang dah tahu, kerana ianya ceramah umum. It’s something public anyway. It has always been public. Boleh sama-sama bertukar pendapat dan dibahaskan. Nobody should take this personally. THINK. I just want us to think. BUKAN nak mengutuk. But to be more open with ideas.

Saya tak kenal Puteri Nur Dayana. Wahabi, salafy, sufi, geng habib, ahbash, syiah, Ahli Sunnah, ahli Bidaah, macam-macam gelaran…Saya masih belajar. Jangan hina saya. Jangan hina mana-mana saudara kita. Kita semua ada pendapat masing-masing. Teruskan mencari ilmu. Itu saja kuncinya.

Jika orang yang mahu mencari kebenaran seperti saya dikecam, saya bimbang kita menjadi masyarakat yang tidak mampu berfikir. Saya bersikap terbuka dengan teguran. Terima kasih. Saya bertanya. Video tersebut bukan video yang memalukan. BUKAN video aib.

Sekali lagi, saya tidak mengecam ustaz. Video tersebut BUKAN video aib. Maafkan saya. Saya sudah cuba… saya tidak terdaya.

Moga Allah melorongkan setiap dari kita ke jalanNya yang lurus. Kerana akhirnya kita semua mahukan destinasi yang satu..yang kekal abadi. Dunia ini permainan.

***Artis yang Jahil. Maafkan saya.


Semua komen yang tidak berhemah akan diblock dan dipadam. Malu membaca sesetangah komen dari kita yang menggelarkan diri Muslim.

Dalam status terbarunya, Wardina telah pun mengakui dirinya tidak sepatut menulis dan berkongsi video tersebut. Kata Wardina:-

Saya setuju pendapat yang mengatakan saya patut PM Ustaz untuk dapatkan penjelasan. Sorry. I am not in contact with him. I will try to be.

Saya orang tiada ilmu. Setuju. I should sound less intimidating. Saya tak patut tulis status sebegitu. Saya tak patut suruh TV Hijrah menyemak kandungan Ustaz. Siapa saya? Sedar. Pendosa. Thank you for the reminder.

Ustaz lulusan tinggi bukan seperti saya. Setuju. Siapa saya? Nobody. Absolutely Nobody.

Maafkan saya.

Ikhlas.

No this is not sarcasm nor do I seek for anything. It is sincere.


Semoga Wardina dan Ustaz Don dapat bertemu secepat mungkin untuk menjernihkan keadaan yang amat keruh ini. Semoga mereka berdua akan dapat penjelasan yang diimpikan. Kepada peminat Wardina dan Ustaz Don, jangan gaduh-gaduh. Anggaplah ini sebagai satu perbincangan ilmu untuk kita semua.

View the original article here

Sunday, 13 April 2014

VIDEO KEADAAN LUATAN HINDI TEMPAT KAPAL MH370 TERHEMPAS!!

type='html'>



Saksikan video keadaan lautan hindi dimana tempat yang terhempasnya kapal terbang MAS iaitu MH370. Lautan yang bahaya dan digeruni oleh kapal-kapal kerana keadaan ombak yang begitu kuat.
Kawasan yang kurang dilalui oleh maritim dan merupakan kawasan yang sentiasa dilanda angin yang bergitu kuat



View the original article here

Sunday, 6 April 2014

VIDEO: GEMPAR !!! Inilah Bukti Penemuan Ikan Duyung Dan Ekspedisi Greenland 2014

type='html'>
Ikan duyung selama ini dianggap sebagai cerita dongeng untuk kanak-kanak atau sekadar lagenda terutama di Eropah.
Namun, sejak dua tahun lalu, dunia barat kecoh dari semasa ke semasa bahawa spesis itu mungkin wujud di pantai Eropah dan Greenland serta bukan sekadar hidupan imiginasi.
Semuanya bermula gara-gara dokumentari oleh Animal Planet pada Mei 2012 bertajuk“Mermaids: The Body Found”.
Dokumentari itu menarik 3.6 juta penonton, tertinggi dalam sejarah rangkaian Animal Planet.
Kemudian, pada Mei lalu, rangkaian itu muncul pula dengan sambungan “Mermaids: The New Evidence” .
Eropah dan dunia barat yang lain kecoh selepas kemunculan dokumentari pertama dan kedua itu.
Keyakinan masyarakat barat terhadap kewujudan ikan duyung menjadi begitu keterlaluan sehingga Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan kewujudan haiwan tersebut.
Ini berikutan badan berkenaan menerima terlalu banyak surat dan pertanyaan yang meminta jabatan itu mengeluarkan lebih banyak bukti berhubung kewujudan haiwan berkenaan.
Dokumentari itu sendiri dianggap sebagai penipuan oleh sesetangah pihak.
Namun penafian tersebut tidak diterima sebahagian pihak lain terutama apabila video kedua itu turut memuatkan kehadiran seorang bekas pegawai daripada Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat.
Melalui dokumentari “Mermaids: The New Evidence”, bukti terbaru mengenai kewujudan ikan duyung diperoleh pada 6 Mac lepas di perairan Greenland pada kedalaman 3000 kaki di bawah paras laut.
Dua orang saintis yang menaiki sebuah kapal selam menemui spesis itu apabila ia berenang berhampiran kapal selam mereka dan bertindak menyentuh cermin kapal itu.
Ketika itu salah seorang daripada mereka yang berada di dalam kapal selam itu ialah Bekas Pakar Biologi Marin Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Paul Robertson.
Video penemuan terbaru itu ditonton berjuta orang di laman YouTube dan siaran televisyennya juga di seluruh dunia melalui stesen Animal Planet mendapat sambutan menakjubkan.
Bagaimanapun, daripada bukti itu jika ia benar, maka Ikan Duyung tidaklah cantik seperti yang digambarkan dalam watak kartun Little Mermaid terbitan Disney tetapi rupanya seperti tengkorak dengan tangan yang mempunyai sirip ikan.
Ekoran penemuan itu, pihak pentadbiran Greenland kini dikatakan telah menghentikan semua lesen carigali minyak di perairannya kemungkinan untuk menyiasat lebih lanjut mengenai habitat spesis itu.
Sebelum bukti video berkenaan, beberapa bukti video menunjukkan haiwan seperti ikan dengan rupa bentuk yang sama turut dilaporkan sekitar kawasan Greenland.
Ini menjadikan Greenland bukan sekadar satu sudut dunia yang unik, tetapi juga misteri. Ia secara berterusan menjadi perhatian banyak pihak atas sebab-sebab yang berlainan.
Dengan kisah ikan duyung masih popular di Greenland dan masih dalam konteks yang hampir sama, sekumpulan 12 orang rakyat Malaysia termasuk tiga orang wanita akan berjalan kaki dalam satu program yang dinamakan Ekspedisi Greenland 2014 anjuran Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dengan tajaan Felda.
Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles (gambar) berkata, perancangan asal ialah untuk membawa hanya tujuh orang namun mengikut perancangan terkini, jumlah peserta ditambah.

“Ekspedisi ini ialah satu penjelajahan yang akan mengambil masa antara 30 hingga 35 hari melibatkan perjalanan sejauh 530km merentas bahagian tengah dan Selatan Greenland,” kata beliau kepada Mynewshub.my hari ini.
Menurut Akmar Hisham, ekspidisi itu adalah ekspedisi pertama merentasi Greenland melibatkan rakyat Malaysia dan ia membabitkan kumpulan terbesar setakat ini dari mana-mana negara pun.
Ekspedisi ekstrem itu diadakan untuk menunjukkan pada dunia rakyat Malaysia boleh menyahut apa sahaja cabaran di mana-mana pelusuk dunia pun tidak mahu negara Malaysia hanya dianggap sebagai ‘Jaguh Kampung’, katanya.
“Biasanya orang akan melakukan ekspedisi secara solo tetapi kali ini kita libatkan secara kumpulan. Apa yang menarik, ialah cabaran ini akan dianggap sebagai satu cabaran yang ekstrem kerana perjalanan mereka akan melibatkan laluan dengan suhu serendah -40°C hingga 45°C.
“Pada masa sama mereka perlu menarik luncur salji mereka sendiri yang mengandungi peralatan asas peserta sepanjang ekspedisi dengan berat sekitar 70 hingga 80kg sehari,” katanya.
Beliau berkata perjalanan itu nanti juga tidak mudah dan berliku kerana ia turut melibatkan pendakian kawasan tinggi.
Menjelang hujung tahun ini KE7B akan dapat senarai akhir seramai 10 orang penjelajah terbaik bersama dua orang jurulatih yang akan mengikuti ekspedisi itu, kata Akmar Hisham.
“Pada masa ini, kita ada 26 pelatih yang mengikuti latihan dan kita akan membawa 15 orang terbaik ke New Zealand untuk latihan penyesuaian selama dua minggu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan serta mencari 10 orang termasuk tiga wanita,” katanya.
Menurut beliau yang juga merupakan Penasihat Ekspedisi Greenland 2014 peserta dipilih daripada pelbagai latar belakang. Ada yang dipilih dari tentera, polis, kakitangan awam, swasta dan pelajar.
Adakah mereka bakal menemui ikan duyung juga di sana?
“Rasanya tidak kot, kerana kami ikut laluan daratan,” kata beliau sambil tersenyum.
Saksikan VIDEO di bawah ini 






Sumber

View the original article here

Video: Wanita bertudung cekup suami dan kekasih dalam bas

type='html'>Seorang suami berhadapan dengan situasi yang amat memalukan apabila beliau dicekup oleh isterinya sendiri ketika menaiki bas bersama kekasih gelapnya. Video yang dirakam oleh salah seorang penumpang dalam bas tersebut menyaksikan adegan perang mulut antara wanita berkenaan yang

  kany

memarahi suaminya bersama seorang wanita yang dipercayai kekasih gelap lelaki berkenaan. Si suami hanya mendiamkan diri dan sekali sekala bersuara meminta isterinya supaya bertenang. Rakaman tamat setelah bas berhenti dan pasangan tersebut dan isterinya turun. Kejadian dipercayai berlaku di Singapura 

Saksikan video di bawah:

Sumber

View the original article here

Wednesday, 2 April 2014

Video : MH370 - Pembaca Berita TV3 Sedih Ketika Live

type='html'>






Jarang sekali kita dapat lihat pembaca berita tidak dapat menahan rasa hibanya secara live.Video ini sememangnya meruntun hati ramai orang apatah lagi ahli keluarga yang mempunyai suami, isteri, anak, ayah, ibu, keluarga dan yang tersayang mereka di dalam pesawat MH370.







View the original article here