Showing posts with label Bentuk. Show all posts
Showing posts with label Bentuk. Show all posts
Saturday, 24 May 2014
Pelik! Buah Pear Bentuk Seperti Bayi Ditemui Dichina.
Mengkonsumsi buah memang sangat menyihatkan. Tetapi jika buah mempunyai bentuk yang aneh, apakah tetap akan menambah nafsu makan? Sebuah ladang di China berjaya mengkreasikan buah yang dibentuk seperti bayi.
Pemilik ladang Nanchang, De He, mencari cara membentuk "buah bayi" dengan memasukkan buah ke dalam acuan yang berbentuk bayi. Apabila buah semakin bertumbuh besar, maka bentuknya akan mengikuti acuan tersebut. Sebenarnya cara ini bukanlah yang pertama kali dilakukan oleh De He.
Sebelumnya ia pernah cuba memasukkan ginseng ke dalam acuan berbentuk Buddha. Kerana hasilnya bagus, maka ia ingin mengaplikasikan teknik itu pada buah-buahan. De He sangat bangga dengan hasil karyanya. Apalagi ia mengaku banyak sekali orang yang menyukai buah berbentuk unik yang diproduksinya.
Walaupun kreasinya sudah popular di China, namun De He tidak mahu berhenti untuk tetap berusaha lagi. Dia mengaku ingin membuat buah dengan bentuk yang lebih sempurna lagi. Bahkan De He merancang untuk membuat buah dengan bentuk bayi ini untuk tembikai dan labu.
Wednesday, 21 May 2014
wow! Fesyen Yuna Dikritik, Berbaju Ketat Nampak Bentuk Pusat!
Baru-baru ini nama penyanyi berbakat besar, Yunalis Zarai atau Yuna yang sedang rancak melebarkan di sayap seninya di Los Angeles, Amerika Syarikat telah menjadi bualan hangat.
Tetapi sayangnya nama Yuna bukan disebut kerana perkembangan terkini karier seninya tetapi mengenai fesyen terkini yang dikenakan penyanyi wanita ini.
Awal minggu lalu sekeping foto yang menampilkan Yuna memakai baju hitam ketat paras pusat telah dimuatnaik di laman Facebook.
Foto tersebut telah mendapat kecaman daripada pelayar laman sosial termasuk peminat Yuna yang kurang gemar dengan cara penyanyi Terukir Di Bintang itu berfesyen.
Ramai yang terkejut, ada juga yang tidak berpuas hati dengan cara Yuna berpakaian kerana baju yang dipakai Yuna terlalu ketat sehingga jelas menampakkan susuk tubuh dan lubang pusatnya.
Antara luahan hati peminat terhadap Yuna ialah, mereka mahu bintang pujaan mereka itu kembali berpakaian sopan seperti dahulu (awal kemunculan).murai.com.
Subscribe to:
Posts (Atom)





