Showing posts with label Mewah. Show all posts
Showing posts with label Mewah. Show all posts

Friday, 16 May 2014

Limosin Mewah Bawah Laut Yang Pertama Didunia.

Jika selama ini untuk pergi ke dasar laut yang paling dalam harus melakukan perjalanan dalam suasana ketidakselesaan, nampaknya kesan itu akan segera berubah kerana telah ada C-Explorer 5 pada harga £ 1.5 juta .

 C-Explorer 5 adalah submersible terbaru dari syarikat Belanda U-Boat Worx. Kapal selam mewah ini dilengakapi dengan lima kerusi yang selesa dan sistem pendingin hawa, sound system iPod, lampu LED bow-mounted, sampling arm, sistem video HD kamera, sonars pengimejan, dan modem bawah air, sekurang-kurangnya itulah kemudahan-kemudahan mewah yang dimiliki kapal selam ini sehingga layak disebut sebagai 'limosin mewah bawah laut' pertama di dunia.

 Kapal selam termewah ini boleh memuatkan lima orang penumpang, dan boleh menyelam ke kedalaman 1,000 kaki di bawah permukaan laut. Kelajuan cruisingnya 3 knot di bawah air.
 

Idea untuk mempunyai submersible peribadi memang sangat hebat, kerana anda menjadi mampu menyelam di mana-mana dan bila-bila masa yang anda inginkan, itulah mesej jurucakap syarikat. Dengan kapal selam mewah ini, anda dapat mencari terumbu karang asli atau dinding curam untuk pertama kali maka anda akan menjadi penemu atau ilmuan dunia marin dengan cara yang mudah.
 



View the original article here

Tuesday, 13 May 2014

Pangsapuri Mewah Tetapi Pelik Dengan Kolam Renang Terapung

 Bagi anda yang mengidap penyakit  Altophobia atau gayat, ada baiknya untuk tidak berenang di Sky Condos. Pangsapuri yang bakal akan dibina di Lima, Peru ini mempunyai reka bentuk kolam renang yang boleh dikatakan ekstrem. 

Tiap-tiap kolam renang dibiarkan tergantung sehingga ketinggian 20 tingkat, dan membuatnya nampak seperti melayang di udara. DCPP Arquitectos sebagai developer pangsapuri ini berusaha mencipta ikon bangunan untuk masa depan, membuat konsep penempatan mewah di Amerika Latin. 

Sky Condos mempunyai reka bentuk seni bina minimalis, berbentuk kubus yang menjadikan kaca-kaca lebar sebagai pembungkus. Kaca tersebut sengaja diletakkan secara dominan untuk memberikan kesan luas dan memanfaatkan cahaya matahari semaksimum mungkin.
 











View the original article here