Showing posts with label MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIA. Show all posts

Saturday, 3 May 2014

Persiapan Rahsia GILA Sebelum Ketibaan Presiden Obama di Malaysia

Di Malaysia boleh dikira orang yang menjadi no 1 dalam negara melalui undi demokrasi adalah Perdana Menteri. Kawalan keselamatan untuk nya ada lah kerana tubuh badan Perdana Menteri dan bukan kerana dia ada lah Dato Seri Najib Tun Razak. Erti kata sesiapa sahaja Perdana Menteri, itu lah hak untuk di jaga oleh pihak tertentu.

Begitu juga dengan negara terkuat di dunia iaitu negara Amerika Syarikat. Oleh sebab terlalu kuat maka kedudukan nyawa Presiden nya serta nyawa keluarga nya amat penting. Di ulangi bukan kerana dia Obama, tetapi kerana dia ada lah Presiden dan “Commander-in-chief”.
Ayuh saksikan beberapa persiapan rapi penuh rahsia yang telahpun dibuat sebelum ketibaan Presiden Barack Obama di Malaysia bulan ini

Pada hujung bulan April nanti seperti yang telahpun di jadualkan, akan tiba lah rombongan Presiden Amerika, Barack Obama yang sudah beberapa kali di tangguh sama seperti tangguhnya kes Anwar.

Walaupun jadual nya sudah di tetap kan pada hujung bulan ini (27 April)  ketahui lah bahawa kerja security sweping nya sudah berjalan sekian lama, hampir sebulan atau pun 2 bulan yang lalu.

Jangan pula kita sangka hanya orang putih  atau caucasian, malah mereka juga mengupah Perisik setempat yang berbayar di Malaysia sebagai info tambahan mereka.


Oleh sebab prinsip US secret service ini ada lah tidak mempercayai mana mana negara dan sistem keselamatan selain Secret Service nya sendiri , maka orang orang secret servis ini di percayai sudah menghafal semua laluan dan escape route untuk membawa Pres. Obama Keluar dari kawasan bahaya.



Di percayai rangkaian keselamatan bukan sahaja dalam berbentuk rangkaian circular ring yakni yang mengelilingi Presiden, yang lingkaran di kawasan Presiden berada, circle di luar bangunan dan laluan ke airport.

US Secret serivice mempunyai kuasa menembak sesiapa sahaja yang mereka syaki, dan mereka tidak hirau jika tersilap orang kerana ia boleh di bayar dengan pampasan dan ganti rugi lain, asal kan nyawa Presiden selamat.

Pada anggota USSS ini biar nyawa mereka yang melayang jangan nyawa Presiden yang melayang.

Tapi jika dikabarkan tentu ramai orang akan mengeleng kepala dan tidak mempercayai, bahawa jika Pres Obama berada di Malaysia , kapal perang Amerika yang terdekat juga bersedia dengan helikopter nya sebagai “back up” mengutip Presiden jika dia berada di dalam bahaya.

Tentu sekali yang terdekat ada lah yang sedang  berada di Singapura.



Kita tidak pasti sama ada kereta rasmi Presiden yang di gelar The Beast sudah tiba atau pun belum. Apa yang menarik nya ada lah The Beast bukan satu tetapi dikata kan di klon sehingga 3.

Dan ia di bawa dengan pesawat khas juga.



Tahukah kah kita jika kereta Presiden terhenti lebih dari  beberapa saat ketika menuju ke destinasi nya sudah di kira sebagai keselamatan sudah gagal?

Ini konon nya kerana waktu beberapa saat itu lah peluang besar untuk penembak tepat menjalankan kerja nya, Amerika sudah  belajar dari kesilapan yang terjadi kepada Presiden John F Kennedy.

Mari kita tengok pula pesawat canggih Air Force One.



Sedikit yang sempat kami selidik ada lah Pesawat Air Force One ini ada lah berperanan sebagai pejabat dan tempat terselamat untuk Presiden.

Jika negara Amerika di serang peluru berpandu atau pun serangan bom nuklear atau juga darurat permulaan peperangan, dicoretkan bahawa 2 perkara akan di lakukan.



Presiden akan di terbangkan sambil di escort oleh pesawat pejuang dan pesawat minyak untuk kemana tidak di beritahu. Dan Naib Presiden akan di sorok kan di sebuah tempat di bangunan di bawah tanah.

Di Malaysia juga diamal kan perkara sama, Timbalan Perdana Menteri dilaranguntuk berada bersama dengan Perdana Menteri didalam satu pesawat. Its a no no.

Cerita berkenaan pesawat ini ada pada filem “Air Force One” yang di lakon kan oleh Harrison Ford. Malah boleh di lihat bagaimana Presiden di eject dengan kerusi khas keluar dari pesawat bila keadaan emergency.


Seluruh US Embassy sudah bersedia berbulan lalu menyediakan option keselamatan danescape route untuk Presiden. selain itu mereka juga menjalani “Mock run” untuk option kedua dan ketiga,

Rakyat Malaysia mungkin akan dapat melihat suasana yang amat menarik apabila tiba nya Presiden Amerika kenegara kita dalam era baru ini. 

sumber

Thursday, 1 May 2014

Senarai Ranking Tentera Dan Malaysia Lebih Kuat Daripada Tentera Singapura

Ranking Tentera Malaysia Lebih Kuat Daripada Tentera Singapura : Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas oleh kami di Portrait Hiburan hari ini tetapi melibatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam. Apakah kredibiliti…..

Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara termasuklah Astro Awani semalam.


Bagi kami sendiri….

Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia. Nasihat kami agar pihak-pihak berkenaan segera hentikan pembohongan ini.

GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk  "entertainment” semata, jangan percaya. Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini :

http://www.globalfirepower.com/disclaimer.asp

Melihatkan senarai ranking yang kekuatan tentera di dunia 2014 membuatkan kami semua di sini terpinga-pinga dan tersenyum seketika.

Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala Singapore “tumpas” kepada kekuatan ketenteraan Malaysia.

Begitulah gambaran senarai ranking kekuatan tentera di dunia 2014 yang dikeluarkan oleh GlobalFirePower seperti di bawah ini :

SENARAI RANKING TENTERA PALING KUAT DI DUNIA 2014





Berbanggalah, Ranking Tentera Malaysia Lebih Kuat Daripada Tentera Singapura

Dengan bajet sejumlah RM13 bilion untuk perbelanjaan besar melibatkan sumber ketenteraan Singapore, kami boleh mengatakan teknologi ketenteraan Singapore lebih hebat berbanding negara kita Malaysia.

Tetapi apabila melibatkan aspek strategi taktikal, kekuatan skuad elit dan tentera Malaysia daripada aspek fizikal dan mental, Malaysia sebenarnya berada di kelas tersendiri.

  • Contohnya sejarah telah membuktikan, bagaimana dalam episod Black Hawk Down, pengorbanan tentera Malaysia di Mogadishu, Somalia walaupun cuba dipadamkan catatan sejarah tersbeut dalam filem Black Hawk Down.
  • Walaubagaiamanapun baru-baru Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly mengakui dan mengucapkan terima kasih dengan jasa dan pengorbanan tentera Malaysia yang begitu berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.

P/S : kami sangat yakin, dengan bajet Kementerian Pertahanan yang besar sepertimana yang diumumkan dalam Bajet kerajaan Malaysia, kita mampu melakukan pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan yang lebih berkualiti pada harga yang munasabah jika diuruskan dana dengan lebih cekap, penuh amanah & bertanggungjawab serta dijauhkan oleh kelompok yang lebih mengutamakan keuntungan poket mereka sendiri berbanding kepentingan keselamatan negara.

sumber 

Saturday, 26 April 2014

Obama Datang Malaysia: “Untuk memberitahu anda, saya perlu membunuh anda”



KUALA LUMPUR: Bersedialah dengan kawalan keselamatan peringkat tertinggi menjelang ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama di ibu negara pada Sabtu ini.

Menjadi tradisi apabila pemimpin tertinggi AS itu berada di luar negara, tahap keselamatan sama ada di jalan raya mahupun ruang udara sering dititik-beratkan.

Selain kehadiran polis, beberapa jalan utama di ibu negara akan ditutup dengan ‘zon larangan terbang’ dikuatkuasakan menjelang ketibaan Obama di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, petang Sabtu.

Setiap orang mengunci mulut mengenai setiap pergerakan Obama di sini.

Seorang pegawai Kedutaan AS memberikan respons dengan berkata: “Untuk memberitahu anda, saya perlu membunuh anda.”

Perkhidmatan Rahsia AS telah berada di negara ini sejak beberapa bulan lalu, bagi ‘melindungi’ laluan, hotel dan lokasi yang akan ditujui Obama.

Pesawat kargo tentera AS telah mula menghantar peralatan logistik untuk lawatan Obama termasuk kenderaan sokongan dan trak sarat dengan kepingan kaca kalis peluru untuk melindungi cermin hotel yang menempatkan presiden itu.

Lawatan Obama ke Malaysia merupakan yang pertama dilakukan Presiden AS dalam tempoh 48 tahun lalu selepas kunjungan terakhir oleh Lyndon B. Jonhson pada 1966.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan langkah keselamatan di ruang utama akan diperketatkan.

Beliau berkata, jabatan itu sudah berada dalam keadaan sedia.

“Saya tidak boleh beritahu anda lebih banyak mengenainya kerana ia akan melanggar etika,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis sudah bersedia sepenuhnya dalam aspek keselamatan.

“Kami mempunyai pasukan yang mencukupi dan akan bekerjasama dengan agensi lain bagi memastikan segalanya berjalan lancar,” katanya.

Presiden AS ke-44 itu akan dibawa menggunakan kereta berperisai, Cadillac One yang dilengkapi dengan semua ciri-ciri keselamatan.

Suasana sepanjang kunjungan Obama di Malaysia pernah dirasai di Tokyo, dimana kira-kira 16,000 anggota polis dikerahkan untuk mengawal keselamatan Obama yang berkunjung ke negara matahari terbit itu hampir dua dekad lalu.

Obama kini berada di Jepun dan akan berangkat ke Seoul sebelum memulakan lawatan ke Malaysia, Sabtu ini.

Media tempatan melaporkan, satu pertiga anggota polis ditugaskan semasa lawatan dua hari Obama ke Jepun yang bermula pada Rabu. – mStar

View the original article here

Tuesday, 1 April 2014

SERIUS :GAJI CEO DAN MENTERI MALAYSIA (2 Gambar)

type='html'>



















BEKAS CEO MAS : DATO IDRIS JALA


Kalau sebelum ini, Idris Jala merupakan CEO MAS yang mana pendapatannya adalah sekitar RM100,000. Sekarang ini, beliau sudah pun meninggalkan sektor swasta untuk menyertai kabinet Malaysia yang ada pada hari ini apabila dilantik sebagai senator dan menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berdasarkan laporan tahun 2008, pendapatan bagi Ketua Pegawai Eksekutif MAS ini di antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta setahun.

Setelah bergelar MENTERI

Elaun bulanan sebagai Datuk Idris Jala adalah sebanyak RM14,907, 20 ditambah dengan jawatannya sebagai senator di mana beliau turut menerima RM4,112.79. Ini tidak termasuk beberapa faedah dan inisiatif lain yang bakal anda lihat di bawah ini nanti yang jumlah minimumnya adalah sebanyak RM25, 619.99. Tetapi untuk setakat hari ini belum dapat dipastikan adakah imbuhan yang diterima termasuk sekali tugasan beliau selaku Ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan juga ketua bagi unit KPI kerajaan Malaysia.

PEMIMPIN TERTINGGI
Kalau sebelum ini saya pernah menyentuh gaji pemerintah atasan sebelum ini, kali ini maklumat lebih terperinci berdasarkan laporan tahun yang dikeluarkan lewat tahun 2009.

Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan

GAJI PERDANA MENTERI NEGARA LAIN :

Gaji Perdana Menteri Singapura : Lee Hsien Loong
s$3 juta setahun (RM7.25 juta setahun, RM600,000 sebulan)
Gaji Presiden Amerika : Barack Obama
US$400,000 setahun(RM1.4 juta, RM116,666 sebulan)
Gaji Perdana Menteri Britain : David Cameroon
£194,250 (RM1.1 juta, RM91,666 sebulan)
Gaji Perdana Bekas Menteri Australia : Kevin Rudd
AU$330,300 (RM942,570, RM78,560 sebulan)

Kalau di negara Singapura, gaji Perdana Menteri diberikan setara dengan gaji ceo bagi kebanyakan syarikat gergasi di negara berkenaan. Ini kerana mereka beranggapan tugasan dan cabaran yang digalas oleh pemimpin Singapura adalah sama dengan penaung syarikat terkemuka di negara kota Singa itu. Berlainan pula, gaji CEO di Malaysia adalah jauh yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Malaysia. Pendapatan mereka ini termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [Akta 237]

1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak
CEO CIMB Group Holdings Berhad
RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)

2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)
CEO Sime Darby Berhad
RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)

3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff
CEO Bursa Malaysia
RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)

4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar
CEO Maybank Berhad
RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)

5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
Boustead Holdings Berhad
RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)

Elaun Ahli Dewan Rakyat Dan Ahli Dewan Negara
Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
Elaun Hiburan : RM1,500
Elaun Istimewa : RM1,500
Elaun Pengangkutan : RM1,500
Elaun Telefon : RM900
Elaun Pemandu : RM1,200
Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan : RM150 sehari
Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM350 semalam (maksimum)
Lain-lain kemudahan:

Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :

a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000

Diantara CEO syarikat GLC kta negara gaji yang paling banyak sekali..

1, NAMA : DATO' SERI CHE KHALIB BIN MOHAMAD NOH

JAWATAN : CEO TNB

GAJI : RM 1,107,280,00



2. NAMA : TAN SRI ROZALI BIN ISMAIL

JAWATAN :CEO SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd) & PUNCAK NIAGA HOLDING

STATEMENT GAJI ; Setahun – RM5.1juta

Sebulan – RM425,000

Sehari (8jam) – RM14,166

Sejam – RM1,770


Seminit – RM29.51

View the original article here