Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara termasuklah Astro Awani semalam.
Bagi kami sendiri….
Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia. Nasihat kami agar pihak-pihak berkenaan segera hentikan pembohongan ini.
GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk "entertainment” semata, jangan percaya. Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini :
http://www.globalfirepower.com/disclaimer.asp
Melihatkan senarai ranking yang kekuatan tentera di dunia 2014 membuatkan kami semua di sini terpinga-pinga dan tersenyum seketika.
Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala Singapore “tumpas” kepada kekuatan ketenteraan Malaysia.
Begitulah gambaran senarai ranking kekuatan tentera di dunia 2014 yang dikeluarkan oleh GlobalFirePower seperti di bawah ini :
SENARAI RANKING TENTERA PALING KUAT DI DUNIA 2014
Berbanggalah, Ranking Tentera Malaysia Lebih Kuat Daripada Tentera Singapura
Dengan bajet sejumlah RM13 bilion untuk perbelanjaan besar melibatkan sumber ketenteraan Singapore, kami boleh mengatakan teknologi ketenteraan Singapore lebih hebat berbanding negara kita Malaysia.
Tetapi apabila melibatkan aspek strategi taktikal, kekuatan skuad elit dan tentera Malaysia daripada aspek fizikal dan mental, Malaysia sebenarnya berada di kelas tersendiri.
- Contohnya sejarah telah membuktikan, bagaimana dalam episod Black Hawk Down, pengorbanan tentera Malaysia di Mogadishu, Somalia walaupun cuba dipadamkan catatan sejarah tersbeut dalam filem Black Hawk Down.
- Walaubagaiamanapun baru-baru Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly mengakui dan mengucapkan terima kasih dengan jasa dan pengorbanan tentera Malaysia yang begitu berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.
sumber
No comments:
Post a Comment