Thursday, 22 May 2014

Tasha Shilla Punca Kekasih Menang Pertandingan Martial Arts


Kekasih Tasha Shilla, Han Chen Wong memberitahu kehadiran aktres berkenaan sewaktu dia menyertai perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) di Paradigm Mall, Ahad lalu adalah antara punca dia begitu bersemangat untuk menewaskan lawannya.

Han yang merupakan seorang peninju Muay Thai memberitahu mStar Online bahawa dia sendiri terkejut dengan semangat Tasha yang turut berada di gelanggang sepanjang perlawanan itu berlangsung.

Ini adalah kali pertama buat jejaka berusia 24 tahun itu menyertai MIMMA kerana sebelum ini dia hanya memberi fokus kepada Muay Thai tetapi kehadiran Tasha sangat bermakna buatnya sehingga dia lebih yakin untuk bertarung.

Tambah Han, jeritan dan sorakan semangat dari Tasha sangat membantu dirinya sehingga berjaya menewaskan pihak lawan.

Pada pertandingan anjuran Tune Talk itu, Han berjaya menewaskan lawannya, Aaron Tan di pusingan kedua dan melayakkan dia ke pusingan suku akhir pada 21 dan 22 Jun depan.

Dalam pada itu, Han berkata, sebagai pasangan kekasih mereka sentiasa menyokong kerjaya masing-masing namun dia terkejut dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh Tasha terhadapnya.

Sementara itu, Tasha berkata, biarpun pertama kali bertindak sebagai 'cornerwoman' namun dia tidak kekok kerana sebelum ini sering memerhati tugas yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki semasa menemani Han ke perlawanan Muay Thai.

Malah kata Tasha, dia gembira dapat memberi sokongan kepada Han kerana kekasihnya itu sentiasa menyokong kerjayanya dan sering menemaninya ke majlis-majlis hiburan.

Peluang waktu rehat selamat lima minit setiap pusingan digunakan sebaiknya oleh Tasha untuk memberi kata-kata semangat selain memastikan dia berada dalam keadaan baik untuk meneruskan perlawanan.

Tambah Shila, dia sangat gembira kerana dapat memberikan sokongan selain menganggap ianya adalah satu pengalaman baru apabila dia hadir sebagai cornerwoman.murai.com.

View the original article here

No comments:

Post a Comment