Minuman Coca cola menjadi kegemaran ramai, namun awas…
Pernahkah anda
memanaskan setin air coca-cola? Tetapi sebelum dipanaskan, air minuman
bergas kegemaran ramai ini kelihatan sungguh enak sebagai penghilang
dahaga. Mari lihat apa yang berlaku pada air coca-cola setelah
dipanaskan.
Selepas air
Coca-Cola dipanaskan selama kira-kira setengah jam, hasil yang
diperolehi tidak lah semenarik seperti keadaannya pada mula-mula tadi.
Coca-cola mula dipanaskan…
Coca-cola yang
dipanaskan akan meninggalkan sejenis lendir kasar berwarna hitam yang
pada dasarnya adalah bahan kimia dan bahan perasa yang digunakan dalam
proses membuat air Coca-Cola.
Lendir mula terbentuk setelah coca-cola dipanaskan
Jika di negara
China, bahan berlendir ini akan disejukkan dan digunakan sebagai
ubat-ubatan. Sirap fruktosa dan bahan-bahan lain pada air Coca-Cola ini
bersama dengan halia dan buah lemon boleh digunakan untuk mengurangkan
penyakit yang berbeza.
Sebagaimana yang
telah kita ketahui bahawa minuman bergas seperti Coca-Cola ini sangat
elok diminum. Sebaliknya, apabila minuman ini dipanaskan sehingga
mendidih, ia boleh membawa kesan yang baik pula.
Air Coca cola juga berupaya menghakis karat
Sebagai contoh,
sekiranya anda mempunyai alat perkakas dapur yang kotor dan sukar
dibersihkan, dengan menggunakan air Coca-Cola yang dipanaskan, ia boleh
membersih dengan mudah dan hasilnya ia akan nampak seperti baru dibeli.
Begitu juga dengan barangan yang mempunyai kesan karat atau kotoran
seperti wang syiling dan barang-barang tembaga. Mudah saja, rendam
seketika dalam air Coca-cola dan gosok. Pasti berkilat kembali!,
Selain itu, dengan
memasukkan halia ke dalam air Coca-Cola yang dipanaskan pada suhu
sederhana dan minumnya ketika panas, ia mampu menghilangkan simptom
selsema anda.
sumber
No comments:
Post a Comment