Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Tuesday, 17 June 2014

Agnes Monica Berpakaian Tradisional Indonesia Yang Menjolok Mata!

Agnes Monica Berpakaian Tradisional Indonesia Yang Menjolok Mata! - KLIP video single antarabangsa Agnes Monica berjudul Coke Bottle dikecam oleh segelintir peminat beliau berikutan penampilannya yang sangat seksi.

Agnes telah menggayakan pakaian tradisional Indonesia yang se k si dan menampakkan benjolan buah da danya dalam klip video itu.

Bagaimanapun Agnes memberi alasan dia tidak sempat untuk memberi ukuran baju kepada ibunya yang diminta membawa baju berkenaan sebelum penggambaran klip video dilakukan.

“Saya tidak sempat untuk memberi ukuran badan dan tidak sempat mencuba dahulu baju tersebut kerana sibuk dengan latihan.



“Saya akui ia agak se k si tetapi baju itu sangat cantik,” katanya.

Klip video tersebut mendapat perhatian beberapa media barat dan membuatkan  namanya mula dikenali pada peringkat antarabangsa.

“Saya suka lihat Twitter dan radio di sana, mereka banyak memberi liputan tentang lagu tersebut.

“Ia adalah satu permulaan yang baik, saya bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan lancar,” katanya kepada media.

View the original article here

Monday, 14 April 2014

9 Foto: Benarkah Jue Aziz Kahwin Senyap Di Indonesia?

type='html'>
Sekitar September tahun lalu, ada khabar angin timbul mengatakan Jue Aziz telah berkahwin dengan seorang jejaka Turki kerana dilihat tampil bergambar dengan seorang bayi lelaki di akaun Instagram beliau — dan itu hanya sekadar khabar angin.

Seperti biasa, itu cerita lama. Terbaru kami ada menerima khabar yang mengatakan pelakon yang pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki sebelum ini telah pun bernikah dengan seorang jejaka seberang di Indonesia.

Sumber kami memberitahu yang Jue Aziz telah pun selamat bernikah sekitar awal Mac lalu dengan seorang jejaka bergelar pemuzik bernama Bayu Daniels yang kerap membuat persembahan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Namun sumber kami yang lain pula berkata yang pasangan ini sudah selamat bernikah pada tarikh yang sama namun lokasinya masih tidak pasti sama ada di Indonesia atau Pulau Pinang.

Jika khabar yang kami terima ini benar belaka, tahniah kami ucapkan buat pasangan ini dan tidak perlu rasanya perkara baik untuk disorok dari pengetahuan ramai. Berikut beberapa gambar Jue Aziz bersama Bayu Daniels yang kami terima. Enjoice! (rtky/m)





View the original article here