Showing posts with label Punca. Show all posts
Showing posts with label Punca. Show all posts
Thursday, 22 May 2014
Tasha Shilla Punca Kekasih Menang Pertandingan Martial Arts
Kekasih Tasha Shilla, Han Chen Wong memberitahu kehadiran aktres berkenaan sewaktu dia menyertai perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) di Paradigm Mall, Ahad lalu adalah antara punca dia begitu bersemangat untuk menewaskan lawannya.
Han yang merupakan seorang peninju Muay Thai memberitahu mStar Online bahawa dia sendiri terkejut dengan semangat Tasha yang turut berada di gelanggang sepanjang perlawanan itu berlangsung.
Ini adalah kali pertama buat jejaka berusia 24 tahun itu menyertai MIMMA kerana sebelum ini dia hanya memberi fokus kepada Muay Thai tetapi kehadiran Tasha sangat bermakna buatnya sehingga dia lebih yakin untuk bertarung.
Tambah Han, jeritan dan sorakan semangat dari Tasha sangat membantu dirinya sehingga berjaya menewaskan pihak lawan.
Pada pertandingan anjuran Tune Talk itu, Han berjaya menewaskan lawannya, Aaron Tan di pusingan kedua dan melayakkan dia ke pusingan suku akhir pada 21 dan 22 Jun depan.
Dalam pada itu, Han berkata, sebagai pasangan kekasih mereka sentiasa menyokong kerjaya masing-masing namun dia terkejut dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh Tasha terhadapnya.
Sementara itu, Tasha berkata, biarpun pertama kali bertindak sebagai 'cornerwoman' namun dia tidak kekok kerana sebelum ini sering memerhati tugas yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki semasa menemani Han ke perlawanan Muay Thai.
Malah kata Tasha, dia gembira dapat memberi sokongan kepada Han kerana kekasihnya itu sentiasa menyokong kerjayanya dan sering menemaninya ke majlis-majlis hiburan.
Peluang waktu rehat selamat lima minit setiap pusingan digunakan sebaiknya oleh Tasha untuk memberi kata-kata semangat selain memastikan dia berada dalam keadaan baik untuk meneruskan perlawanan.
Tambah Shila, dia sangat gembira kerana dapat memberikan sokongan selain menganggap ianya adalah satu pengalaman baru apabila dia hadir sebagai cornerwoman.murai.com.
Monday, 7 April 2014
Punca Sebenar Pelawak, Ali Mamak Meninggal Dunia
type='html'>
Perkara ini juga disahkan oleh anak lelaki beliau, Sharol Nizam melalui Facebook peribadinya.
Penyanyi dan pelakon komedi popular era 80-an, Datuk Ali Mamak disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 pagi tadi akibat komplikasi paru-paru.
Allahyarham yang popular menerusi sitkom ‘Santan Berlada’ telah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana kanser tahap kedua.
Perkara ini juga disahkan oleh anak lelaki beliau, Sharol Nizam melalui Facebook peribadinya.Allahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.
Di samping berlawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.
Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor, untuk pengebumian sebelum Zohor.
Salam Takziah untuk seluruh keluarga arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)
