Monday, 7 April 2014

Punca Sebenar Pelawak, Ali Mamak Meninggal Dunia

type='html'>
Penyanyi dan pelakon komedi popular era 80-an, Datuk Ali Mamak disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 pagi tadi akibat komplikasi paru-paru.
Allahyarham yang popular menerusi sitkom ‘Santan Berlada’ telah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana kanser tahap kedua.
Perkara ini juga disahkan oleh anak lelaki beliau, Sharol Nizam melalui Facebook peribadinya.
Allahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.
Di samping berlawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.
Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor, untuk pengebumian sebelum Zohor.
Salam Takziah untuk seluruh keluarga arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. sumber

View the original article here

No comments:

Post a Comment