Wednesday 28 May 2014

Diniding Pendakian Tertinggi di Dunia.

Dengan ketinggian 36.8 meter (121 kaki) The Excalibur merupakan dinding pendakian buatan manusia tertinggi di dunia. Dinding pendaki ini terletak di Bjoeks Climb Center, Groningen, Belanda. Selaian ketinggianya yang luar biasa, dinding ini juga mempunyai landskap kasar seperti di alam nyata. Sebuah ciri khas dari dinding ini adalah terdapat keluk ramping 36 kaki dari dasar yang mencipta gantungan buatan mirip dengan tebing nyata.













View the original article here

Tuesday 27 May 2014

Cara Pelik Pesawah di China Guna Helikopter Kawalan Jauh Sembur Racun.

 Cara pelik dan berkesan dilakukan oleh petani di Bozhou, China untuk membasmi perosak di sawah. Mereka menggunakan helikopter kawalan jauh (RC) yang terbang sambil menyembur cecair racun perosak pada tanaman di sawah. Dengan memanfaatkan pesawat remote control, mereka tidak lagi  membawa tangki racun perosak dan mengelilingi sawah.
 









View the original article here

Monday 26 May 2014

Canggih! Basikal Inovatif Boleh Dilipat Seperti Payung.

 Basikal unik dengan roda hubless dapat dengan cepat dan mudah dilipat ke dalam suatu pakej yang padat yang lebih kecil dari payung. Direka oleh jurutera Itali Gianluca Sada, basikal lipat inovatif ini juga boleh diletakkan ke dalam beg galas sangat sesuai untuk dibawa mengembara bahkan saat harus menggunakan pengangkutan awam.
 








Jom saksikan video berikut : 

 

View the original article here

Sunday 25 May 2014

9 Foto Angin Tiup Gaun Aktres Jessica Chastain Hampir-hampir Gaun Yang Dipakainya Tersingkap.

 
Tiupan angin membantu menyerlahkan kejelitaan seorang aktres terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Jessica Chastain di sini pada malam kelmarin, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kejelitaan Chastain, 37, yang dilahirkan di Sacramento, California, AS itu terserlah ketika dia cuba menghalang angin kuat daripada menyebabkan gaun yang dipakainya tersingkap.

Ketika kejadian, dia yang memakai gaun labuh rekaan pereka fesyen dari Beirut, Elie Saab berada di atas karpet merah dan beraksi di depan sekumpulan jurugambar yang merakamkan gambarnya ketika mahu menyaksikan tayangan perdana filem Foxcatcher.

Filem itu disenaraikan untuk merebut anugerah tertinggi, Palme d'Or dan ia mengisahkan tentang pemenang pingat emas Sukan Olimpik di Los Angeles pada tahun 1984, Mark Schultz.

Chastain yang memakai gaun berwarna biru itu menyaksikan fitem tersebut pada Festival Filem Antarabangsa Cannes kali ke-67.

Dia juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan filem The Disappearance Of Eleanor Rigby pada festival tersebut. - Agensi



















Jom saksikan video berikut :



View the original article here

Menarik Foto Lawak Giler - vol 91.

 Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita .

Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog gaban comel ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur. 











View the original article here

Saturday 24 May 2014

Nafi Putus Cinta, Nelydia dan Qi Hanya Salah Faham Kecil.



Pelakon Nelydia Senrose, 20, menafikan hubungan cintanya dengan pengacara, Qi Razali, 36, sudah berakhir seperti desas-desus yang mengatakan hubungan mereka kini berantakan.

Sebaliknya Nelydia berkata kepada akhbar Bpop semalam, ianya hanya berlaku salah faham sahaja di antara mereka.

"Hanya salah faham kecil sahaja. Tak pernah putus pun. Hubungan kami masih OK," katanya.

Apabila ditanya adakah mereka sudah merancang untuk melangkah ke peringkat seterusnya, pelakon drama bersiri popular Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu memberithau setakat ini belum ada apa-apa perancangan lagi.

"Saya hanya mampu berserah pada jodoh mengenai hal ini. Soal masa depan kita tak mampu jangka.

"Tak dinafikan, kami memang ada berbincang soal itu, tapi untuk kesahihan lanjut memang tak ada lagi," jelasnya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Nelydia bakal terbang ke Paris pada 20 Mei ini untuk penggambaran drama Strawberi dan Karipap.murai.com.

View the original article here

Pelik! Buah Pear Bentuk Seperti Bayi Ditemui Dichina.


Mengkonsumsi buah memang sangat menyihatkan. Tetapi jika buah mempunyai bentuk yang aneh, apakah tetap akan menambah nafsu makan? Sebuah ladang di China berjaya mengkreasikan buah yang dibentuk seperti bayi.


Pemilik ladang Nanchang, De He, mencari cara membentuk "buah bayi" dengan memasukkan buah ke dalam acuan yang berbentuk bayi. Apabila buah semakin bertumbuh besar, maka bentuknya akan mengikuti acuan tersebut. Sebenarnya cara ini bukanlah yang pertama kali dilakukan oleh De He.

 Sebelumnya ia pernah cuba memasukkan ginseng ke dalam acuan berbentuk Buddha. Kerana hasilnya bagus, maka ia ingin mengaplikasikan teknik itu pada buah-buahan. De He sangat bangga dengan hasil karyanya. Apalagi ia mengaku banyak sekali orang yang menyukai buah berbentuk unik yang diproduksinya. 

 Walaupun kreasinya sudah popular di China, namun De He tidak mahu berhenti untuk tetap berusaha lagi. Dia mengaku ingin membuat buah dengan bentuk yang lebih sempurna lagi. Bahkan De He merancang untuk membuat buah dengan bentuk bayi ini untuk tembikai dan labu. 









View the original article here

Friday 23 May 2014

Pelik! Lelaki Ini Ketagih Makan Paku Selama 32 Tahun.


Memang bukanlah perkara yang baru jika seseorang mempunyai selera makan yang aneh . Namun memakan besi tidak hanya selera makan yang buruk , tapi juga berbahaya bagi kesihatan . Rupanya perkara tersebut tidak begitu difikirkan oleh Yunsheng Long yang malah suka makan paku .


 Hobi anehnya ini berawal ketika ia bekerja untuk penampilan sarkas 32 ??tahun lalu . Saat itu ia nekad memakan perkakas , beling , dan mengunyah porselen . Ternyata Yunsheng malah ketagihan dan menjadikan " menu besi " tersebut sebagai makanan ringan sehari - hari . Bahkan lelaki berusia 49 tahun itu mengaku mempunyai menu kegemaran . 

Ia sangat menyukai paku yang masih baru dan dilumuri sedikit minyak . " Rasanya lebih enak daripada paku yang sudah berkarat . Saya merasa seperti makan salad , " kata Yunsheng . Biasanya , seseorang pasti akan sakit jika tidak segera memuntahkan paku yang ditelan . 

Tapi lelaki berasal dari China yang sudah puluhan tahun memakan paku ini tidak merasa sakit meskipun tak tahu bagaimana perutnya boleh mencernanya . " Saya punya tekak seperti besi , dan perut seperti konkrit , " tambah Yunsheng .








Jom saksikan video berikut:


View the original article here

Subhanallah, Kalimah Allah Terukir Di Cuping Telinga Bayi !..






TELINGA kiri Siti Nurdini yang menyerupai kalimah Allah.

Kota Bharu: Ketika usianya baru 23 hari, Siti Nurdini Dalili Shahrizul mencuri tumpuan ramai apabila dilahirkan dengan cuping telinganya dikatakan menyerupai kalimah Allah SWT.

Ibunya, Maizatul Akma Mohamad Kholid, 28, dari Kampung Pasir Hor, di sini, berkata tidak menyedari cuping telinga anak sulungnya itu begitu, sehinggalah ditegur orang kampung yang datang melawat.

“Sebelum ini saya dan ibu bapa pelik kenapa bentuk telinga Siti Nurdini Dalili kelihatan lain dan kami menyangka itu satu jenis kecacatan.

“Seminggu kemudian selepas dibenarkan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), ada penduduk kampung datang ke rumah untuk melawat anak dan menegur mengenai perkara itu.

“Malah, seorang ustaz yang berkunjung juga memberitahu anak saya bertuah kerana telinganya bertanda seperti kalimah Allah.

“Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia kurniaan Allah SWT,” katanya.

Siti Nur Maizatul Akma berkata, dia tidak mahu memikirkan perkara yang tidak elok, sebaliknya mahu Siti Nurdini Dalili menerima didikan Islam yang sempurna.hmetro.com.

View the original article here

Thursday 22 May 2014

Taksub Pada Pembedahan Plastik Membuat Wajah Wanita Ini Seperti Aliens.


Rina Nanase , Idol Jepun berusia 25 - tahun telah melakukan begitu banyak pembedahan plastik ( oplas ) yang membuat wajahnya sekarang kelihatan seperti Dobby the Elf dari filem Harry Potter . Persamaan yang luar biasa dengan mata besar , hidung panjang , dan dagu yang runcing . Bahagian paling aneh adalah gadis begitu sangat bangga dengan penampilan barunya . Dalam foto asalnya , Rina kelihatan seperti gadis muda yang normal dengan wajh manis .


 Namun pada tahun lalu , ia menjalani segala macam transformasi yang semuanya ia catat pada akaun Twitter - nya . Dia telah membuat beberapa perubahan pada matanya , hidung dan dagu yang membuat dia kelihatan aneh bagi banyak bekas fans nya . Namun , Nanase terkejut menerima reaksi negatif berkaitan wajahnya , kerana dia tidak berfikir bahawa penampilannya tidak berubah terlalu banyak .

 Salah satu gambar pertama yang diposkan Rina di Twitter adalah saat ia berusia 17 tahun . Kebanyakan orang akan bersetuju bahawa ia nampak lucu dan sihat saat itu , tetapi kini Rina adalah orang yang berbeza dengan hidung panjang dan mata seperti manik - manik .








View the original article here

Tasha Shilla Punca Kekasih Menang Pertandingan Martial Arts


Kekasih Tasha Shilla, Han Chen Wong memberitahu kehadiran aktres berkenaan sewaktu dia menyertai perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) di Paradigm Mall, Ahad lalu adalah antara punca dia begitu bersemangat untuk menewaskan lawannya.

Han yang merupakan seorang peninju Muay Thai memberitahu mStar Online bahawa dia sendiri terkejut dengan semangat Tasha yang turut berada di gelanggang sepanjang perlawanan itu berlangsung.

Ini adalah kali pertama buat jejaka berusia 24 tahun itu menyertai MIMMA kerana sebelum ini dia hanya memberi fokus kepada Muay Thai tetapi kehadiran Tasha sangat bermakna buatnya sehingga dia lebih yakin untuk bertarung.

Tambah Han, jeritan dan sorakan semangat dari Tasha sangat membantu dirinya sehingga berjaya menewaskan pihak lawan.

Pada pertandingan anjuran Tune Talk itu, Han berjaya menewaskan lawannya, Aaron Tan di pusingan kedua dan melayakkan dia ke pusingan suku akhir pada 21 dan 22 Jun depan.

Dalam pada itu, Han berkata, sebagai pasangan kekasih mereka sentiasa menyokong kerjaya masing-masing namun dia terkejut dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh Tasha terhadapnya.

Sementara itu, Tasha berkata, biarpun pertama kali bertindak sebagai 'cornerwoman' namun dia tidak kekok kerana sebelum ini sering memerhati tugas yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki semasa menemani Han ke perlawanan Muay Thai.

Malah kata Tasha, dia gembira dapat memberi sokongan kepada Han kerana kekasihnya itu sentiasa menyokong kerjayanya dan sering menemaninya ke majlis-majlis hiburan.

Peluang waktu rehat selamat lima minit setiap pusingan digunakan sebaiknya oleh Tasha untuk memberi kata-kata semangat selain memastikan dia berada dalam keadaan baik untuk meneruskan perlawanan.

Tambah Shila, dia sangat gembira kerana dapat memberikan sokongan selain menganggap ianya adalah satu pengalaman baru apabila dia hadir sebagai cornerwoman.murai.com.

View the original article here

Wednesday 21 May 2014

Unik! Pertandingan Melukis Pada Badan Kerbau Yang Menakjubkan.


Satu pertandingan menghasilkan lukisan pada kerbau diadakan di China baru-baru ini.

Pertandingan unik itu berlangsung di daerah ini, dalam wilayah Yunnan, barat daya China.

Sejumlah artis seni dari lapan buah negara mengambil bahagian dalam acara tersebut bagi merebut hadiah pertama berjumlah 100,000 yuan (RM51,500).

Pelbagai lukisan telah dihasilkan manakala panel juri memilih karya yang bukan sahaja cantik tetapi memiliki nilai-nilai murni sebagai pemenang. - AFP




















View the original article here