Tertarik dengan gambar yang dikongsikan olehnya di Instagram yang begitu anggun, mewah dan cukup bergaya.
Menggayakan rekaan baju-baju terkini dan warna yang sesuai dengan
personalitinya membuatkan Azrinaz berada diliganya tersendiri.
Walaupun memegang status ibu tunggal, namun tidak menghalang dirinya
untuk menceburi bidang keusahawanan dalam industri telekomunikasi iaitu
Clixster Mobile.
Azrinaz yang memegang jawatan sebagai pengarah syarikat dan difahamkan
pengguna talian Clixster telah mencecah lebih 200 ribu orang pengguna.
Teringat lagi ketika beliau membuat lintas langsung sebagai wartawan TV,
boleh terpaku melihatnya yang petah berkata-kata dan menghuraikan
fakta-fakta penting buat penonton.
Dengan kesempatan ini, dikongsikan kepada anda antara gambar-gambar Azrinaz yang mesra aksinya di depan kamera - Murai Batu.