Monday, 31 March 2014

8 Pengajaran Yang Diperolehi Dari Tragedi MH370

type='html'>

Kali ini BH rasa tertarik untuk berkongsi artikel berkaitan dengan tragedi kehilangan MH370. Ia mengenai pengajaran yang diperoleh dari apa yang berlaku. Artikel ini sebenarnya ditulis oleh Ridhuan Tee Abdullah dan disiarkan dalam Sinar Harian. Menurutnya, ada 7 pengajaran yang diperoleh dari tragedi itu.Anda boleh baca selanjutnya dibawah:
Perjalanan menaiki pesawat MAS dari Kuantan ke KLIA pada 17 Mac 2014, jam 7.45 malam, begitu menarik. Anak kapal (pilot) membaca doa menaiki kenderaan. Diikuti apabila mendarat disebut Alhamdulillah. Sejuk hati. Selepas transit sebentar untuk ke Kota Bharu, saya ingat0an anak kapal akan melakukan perkara sama, rupanya tidak. Paling kurang menyebut Bismillah, dan Alhamdulillah.
Sepatutnya semua ini dijadikan prosedur dan panduan, tonjolkan kepada pelancong, inilah Malaysia, yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. Hari ini, boleh dikatakan semua penumpang ‘sengsara’ menaiki pesawat. Segala-gala akan diperiksa, luar dan dalam. Barang yang dibawa kena scan dua kali sebelum ‘check in’ dan selepas. Apa nak buat keselamatan lebih penting dari segalanya.
Apa pun hati berasa lega berada dalam pesawat MAS dapat mendengar kalimah-kalimah yang dikaitkan dengan ALLAH, walaupun tidak semua melakukannya. Pesawat tambang murah lain, sekelumit kalimah ALLAH langsung tidak kedengaran. Saya bukanlah orang teknikal untuk memberikan komen terhadap kehilangan MH370. Meskipun begitu, beberapa perkara perlu diambil perhatian.
Pertama, lakukan pemeriksaan ketat seperti yang dilakukan kini (lebih ketat). Tidak mengapa, saya rela menanggalkan dan membuka apa yang diminta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua peralatan telekomunikasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanah air tercinta. Jika kita berada di luar negara, mereka akan melakukan perkara sama, malah lebih teruk daripada itu sehingga menggunakan anjing.
Kedua, semua anak kapal (Islam), terutama pilot, mesti ditanamkan dengan jiwanya dengan roh Islam. Mengutamakan jati diri agama, bangsa dan negara. Mereka tidak boleh hanyut dengan segala keseronokan dalam kapal.
Ketiga, elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka meminta arak itu, adalah kalangan mereka yang biasa minum arak. Cuba alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya.
Keempat, biasakan anak-anak kapal mengingati ALLAH (Tuhan kepada bukan Islam). Sebutlah kalimah bismillah, Alhamdulillah, salam dan lain-lain. Perkara ini nampak kecil, tapi impaknya besar.
Kelima, tutuplah aurat pramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika pramugari menutup aurat (Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam. Amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang.
Keenam, kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika berada dalam pesawat. Amalkan budaya-budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam dan selamat mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak-anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara.
Ketujuh, jika ditakdirkan berlaku lagi insiden seperti MH370 pada masa depan, jangan memanggil bomoh untuk mencari. Jika Islam itu boleh diubati dengan menggunakan bomoh, sudah tentu umat Islam tidak perlu bersusah payah atau ada yang merempat hari ini. Gunakanlah bomoh untuk mengatasi segala-galanya.
Nabi Muhammad adalah raja segala bomoh dan mempunyai mukjizat. Kenapa dan mengapa Rasulullah tidak menggunakan mukjizat yang ada untuk membomohkan semua bukan Islam supaya tunduk dan menurut kata-kata Baginda? Atau dengan bahasa mudah membomohkan mereka supaya segera memeluk agama Islam dan tidak perlu bersusah diuji dan dicuba?
Jika bomoh kita terlalu mujarab, kita bomohkan air yang disalurkan kepada Singapura. Apabila diminum, mereka pun akan tunduk kepada kita dan menyerah diri untuk bersunat, serta membeli air kita dengan kadar harga semasa, bukan membeli dengan harga 0.03 sen per 1,000 gelen?
Kelapan (BH tambah jadi bilangan kelapan), kepada pembuat keputusan dan pembesar negara, gunakan kuasa mencari keredaan ALLAH selagi ada kuasa. Hak ini dijamin perlembagaan. Kita bimbang, apabila tidak ada kuasa nanti, baharu nak menyesal. Jangan leka ketika berkuasa, hanya bertaubat setelah pencen. Buruk rasanya.
Itulah antara sedikit coretan beliau. Ada benarnya juga apa yang dikata. Semoga segala yang berlaku memberi pengajaran berguna buat semua. sumber

View the original article here

[INFOGRAFIK] #PRKKajang: SENARAI JUTAWAN SEWAKTU ANWAR MENTERI DULU

type='html'> type='html'>
15 TAHUN ANWAR BERKUASA. BENARKAH DIA TIADA KRONI?


[dikemaskini pada 23/3/2014, 0200HRS]

View the original article here


View the original article here

KINI ANDA TAHU 5 TIPS UNTUK MENGATASI MASALAH PERUT BUNCIT

type='html'>



Antara punca utama yang menyebabkan masalah perut buncit adalah disebabkan sistem penghadaman yang tidak lancar. Berikut adalah 10 tips yang dapat membantu melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan secara tidak langsung dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit yang anda hadapi. 

1. Jus limau 

Sebaiknya, pada awal pagi sebelum anda bersarapan, anda perlu meminum segelas jus limau. Ini kerana ia dapat membantu membersihkan sisa-sisa makanan dan juga asid yang tertinggal didalam perut anda. Antara minuman lain yang boleh anda gunakan adalah seperti lemon dan epal hijau. 

2. Elakkan minuman sejuk ketika makan

Makanan akan lebih cekap dicernakan sekitar suhu badan. Minuman sejuk akan merendahkan lagi suhu badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan. Ini secara tidak langsung akan memberi masalah perut buncit kepada anda. Sekiranya anda seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau suam. Dan jika anda mampu bertahan untuk minum setengah jam selepas anda makan adalah lebih baik. 

3. Berpuasa 

Berpuasa adalah satu cara paling berkesan untuk merehat dan melancarkan sistem penghadaman anda. Untuk yang beragama islam, ia tidak akan memberi masalah, tetapi kepada yang bukan, anda boleh berpuasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan pada waktu siang dan hanya makan pada waktu lewat petang mengikut jadual yang telah anda tetapkan. 

4. Kunyah makanan sehingga betul-betul hancur 

Salah satu mekanisme terpenting untuk sistem penghadaman manusia tetapi sering diabaikan adalah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah adalah peringkat pertama untuk proses pencernaan dan juga sebagai isyarat kepada organ-organ untuk merembeskan jus pencernaan (enzim pankreas, asid perut, dan lain-lain) untuk menerima makanan yang akan masuk. 

5. Kombinasi makanan 

Salah satu faktor lain yang menyebabkan masalah perut buncit adalah memilih kombinasi makanan yang tidak baik untuk sistem pencernaan manusia. Makanan terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu , karbohidrat (roti, kentang, beras), protein (daging, tenusu, kacang, soya) dan lemak (minyak masak). Ketiga-tiga makanan ini tidak baik dimakan dalam satu hidangan. Selain daripada itu, pendapat pakar juga menyatakan bahawa makanan laut dan darat tidak baik untuk kesihatan jika turut dihidangkan dalam satu hidangan.

View the original article here


View the original article here

Seni Gergasi Yang Dihasilkan Di Atas Sawah Padi (12 Gambar)

type='html'>
Tahukah anda apa itu seni Tanbo? Seni Tanbo merupakan satu hasil seni dari Jepun di mana pelbagai variasi padi dari segi jenis dan warna ditanam untuk membentuk satu imej gergasi di atas sawah padi. Kiranya macam crop circle, cuma yang ini di atas sawah padi, dan ianya dihasilkan sendiri oleh manusia instead of aliens, haha.

View the original article here


View the original article here

Sunday, 30 March 2014

10 JENIS WANITA YANG LELAKI TAKKAN JADIKAN ISTERI

type='html'>
Aku ni bukanlah pandai sangat pasal perempuan ni tapi memandangkan Sosiologi, Antropologi, Etika dan Agama antara bidang yang aku minat baca jadi aku tahulah serba sedikit tentang jenis jenis perempuan yang lelaki berfikiran matang tidak akan jadikan isteri. 
1. Perempuan bodoh
Bodoh dalam konteks yang aku gunakan ini bukanlah bodoh dalam pelajaran tapi suka membuat diri kelihatan bodoh depan khalayak ramai. Antara perkara yang boleh dikatakan bodoh adalah tergelak kuat kuat, gelabah kerbau, berpakaian seperti Lady Gaga dan sebagainya. Sememangnya tak salah jadi lain dari yang lain tapi tengok keadaan la. Kalau orang lain dah kata ''macam bodoh je'' maknanya adalah yang tak kena. 
2. Perempuan gedik
Yang ni bukan setakat lelaki saja yang tak minat tapi perempuan pun sama menyampah. Kalau berjalan pun over sangat. Tak tahulah kenapa. Selalunya pelaku gedik ni anak perempuan yang dimanjakan ibubapa, hidup dalam kemewahan atau mahu lelaki mengelilingi mereka. Jika yang mengelilingi mereka tu lelaki baik okey la sikit tapi semuanya nakkan sesuatu. Faham faham saja lah. 
3. Perempuan perasan cantik
Yang ni paling aku menyampah. Kalau yang betul betul cantik tu tak payahlah dihebohkan kecantikan tu. Bukannya orang lain tak nampak. Jelas depan mata kan? Inikan tidak. Untuk tambah cantik tu, pakai lagi seksi seksi. Siap promo dekat status facebook lagi tu. Lelaki ni memang suka perempuan macam ni tapi bukan nak buat isteri tapi saja nak main main. Dan ada juga yang tak cantik tapi perasan diri tu hot. Pernah sekali jumpa seseorang dekat hentian bas. Dahlah gemuk, hitam pula tu. Lepas tu diwarnakan pula rambutnya. Memang macam afrika. Sepatutnya bila dia dah sedar muka tak market, tak payahlah perasan lawa. Lelaki straight pun boleh jadi gay kalau ditakdirkan hidup dengan perempuan macam tu. 
4. Perempuan banyak membebel
Lelaki mana suka bakal isteri membebel? Aku dengar cikgu arbayah membebel dekat sekolah dulu pun dah naik pitam. Pening lelaki tu bila seseorang perempuan tu panjangkan sesuatu isu tu berkali ganda dari sebenarnya. Bila waktu exam tak nak pula mereka tulis panjang panjang. Kadang kadang sampai sejam line telefon si lelaki sibuk dengan khutbah jumaat si perempuan. Pening lelaki tu. Jadi, si lelaki pun berfikir ''jika begini la keadaannya sebelum kahwin, sebelum dapat anak, mesti lepas kahwin kena buat pembedahan telinga''. 
5. Perempuan banyak bekas
Jika seseorang perempuan itu banyak bekas pasangannya selalunya dia merupakan seseorang yang tidak setia kepada pasangan. Asyik bertukar sahaja. Oleh itu, akan terdapat 2 pendapat si lelaki terhadap kemungkinan yang bakal berlaku selepas berkahwin. Pertama adalah perkahwinan akan berakhir dalam tempoh masa kurang 3 tahun. Kedua, si isteri akan main kayu tiga dengan lelaki lain manakala rumahtangga asyik berperang. 
6. Perempuan yang kuat cemburu.
Jika diikutkan keadaan sebenar, lelaki lagi kuat cemburu. Tapi ada juga perempuan begitu. Apabila melihat si lelaki keluar dengan seorang perempuan lain mulalah si perempuan menuduh. Kadang kadang apabila si lelaki berpimpin tangan dengan seorang perempuan tua buta melintas jalan pun boleh jadi kes. Adakah patut? Jika cemburu sangat cari lah dahulu saksi atau bukti. 
7. Perempuan yang memang sudah terserlah kejahatannya
Kalau perempuan tu merokok, minum arak dan ada kalanya mengaku sudah bukan islam lagi maka memang bukan pilihan si lelaki lah untuk mereka dijadikan isteri. Sekadar kawan mungkin ya. Jika peneman hidup, ''tak ada maknanya''. Sebenarnya aku pernah bercinta dengan seseorang yang mempunyai ciri ciri seperti diatas. Apabila dinasihatkan tidak pun mahu dia mendengar. Siap promo agama baru dia lagi tu. Tak minat aku. Tak sampai dua bulan berpisah. 
8. Perempuan yang tak tahu buat kerja.
Apa rupanya bila seseorang perempuan tu tak tahu memasak, basuh baju, menyapu dan sebagainya? Adakah si lelaki yang harus menjaga urusan keluarga kelak manakala si perempuan yang mencari nafkah batin? Jika tidak, maka nampaknya tunggang terbalik lah keadaan rumah. Bontot anak bermekap kunyit kuning tidak berbasuh, kain pakai bersepah sepah dan dapur tidak pernah berasap. Lelaki pun cari lagi satu. 
9. Perempuan selekeh
Oleh kerana dulu aku ni selalu bersendirian di sekolah jadi aku selalu la perhatikan perempuan. Kadang kadang tu banyak juga aku tengok perempuan yang tak ada muka perempuan. Dengan tudung tak beriron, baju ada sos, lengan ketiak pun ada hitam, geli aku tengok. Kalau budak tingkatan satu tu okey lagi tapi ni dah nak masuk tingkatan lima. Dalam hidup ni, tak lawa tak apa. Tapi jangan jadi selekeh. Tak kan si lelaki nak dengar orang kampung kata ''bini si polan tu muka cam kerbau bala. Berlumpur je setiap hari''? 
10. Mahal sangat
Yang ni istimewa sikit sebab bukan semuanya salah perempuan. Jika kita perhatikan sekarang ni, ramai betul perempuan yang nak dinikahkan dengan hantaran kahwin yang tinggi. Selalunya bukan si perempuan yang minta tapi ibubapa yang menggatal sangat nak menjual anak. Kadang kadang anak tu dilelong sampai sepuluh ribu ringgit. Kalau anak tu sambung Master okey lagi. Tapi belajar setakat form 4. SPM pun tak ambil. Harapkan muka sahaja sebagai pakej. Adakah patut harganya mahal? Si bakal suami kalau berkemampuan tidak apa tapi kerja setakat toreh getah. Jangan anak tu jadi andartu sudah.

View the original article here

Saturday, 29 March 2014

10 KELEBIHAN MENJADI LELAKI TIDAK HENSEM

type='html'>


1) Tidak menjadi perhatian ; bukankah satu kelebihan jika diri kita tidak menjadi perhatian orang. Oleh itu
kita bebas melakukan apa saja yang kita suka tanpa mempedulikan pandangan orang kepada kita. Ye
lah.. Orang tak pandang kan? Buat apa pun, pakai apa pun, buat facial atau nice hair cut pun,bukannya
orang perasan. Aku la tue..Hahahaha 

2) Tidak dikejar ; Ya.. Ini juga satu kelebihan. Sekarang ini, memiliki wajah yang kacak menawan juga
mampu mengancam diri. Mana tak nya, kalau sering dikejar oleh wanita-wanita di luar sana. Cuba
bayangkan kalau asyik digoda berkali-kali, masakan tidak ada satu masa yang kita akan terkalahkan juga
(terkalahkan...tak bole blah perkataan)? Itu belum lagi gay, bapak ayam, tauke tukang urut ++, serta
datin-datin puan sri-puan sri yang kurang kasih sayang. 

3) Tidak dianggap gay ; ini amat menakutkan. Kerana ramai orang memiliki persepsi lelaki nie tidak
menjaga kecantikan. Dan banyak kekeliruan antara homoseksual dan metroseksual. Bila seseorang itu
metroseksual, boleh jadi jika beliau dianggap gay oleh sesetangah orang. Ini amat dangerous kerana tanpa
sengaja wanita juga akan menjauhkan diri. Dan bila wanita menjauhkan diri, mungkin diri korang akan
mula mencari lelaki pula untuk meluahkan perasaan cinta yang mambara dan bergelora. (Uwekk! Aku
rasa loya sekarang! ) Sekarang nie dah la this gays amat berani dan merata-rata. Memang orang cakap
lelaki memang jarang mengambil tahu tentang penjagaan diri. Tapi tak semua yang metroseksual itu
homoseksual okay? Aku? Species tak jaga muka. Takde masa... 

4) Menjadi contoh kepada “Kecantikan dalaman lebih penting dari segalanya” ; apabila wajah yang
kacak menawan bukan lah asset kepada seseorang lelaki, secara tidak langsung hati budi dan kesantunan
tutur kata serta perilaku akan menjadi titik tolak persepsi rang terhadap diri anda. Bagi mereka yang
prejudis pula, anda akan terselamat dari dikatakan, “mamat nie harap muka jer macho tapi hanco!” atau
“muka jer hensem tapi satu sen haram pun tak guna”. Mungkin kerana bila kes bagi lelaki yang tak kacak,
kekurangan dan sebagainya adalah dimaafkan. Hahahaha 

5) Mengahwini wanita yang best ; bukankah amat seronok apabila seorang wanita, hopefully bukan
lelaki, yang mengahwini anda itu memilih anda bukan kerana paras rupa? Jika seseorang itu mencintai
seseirang kerana paras rupa, sudah pasti cinta itu akan hilang kerana rupa korang yang hensem lah sangat
tue akan hilang jua dimamah usia dan waktu. Cucuklah botox ataupun vitamin C sekalipun, orang tetap
akan cam yang anda tua, lebih-lebih lagi rakan sebaya anda kerana mereka tahu umur anda yang sebenar. 

6) Mengahwini wanita yang lawa ; aku tak tahu kenapa mengikut pengalaman aku pergi kenduri-kendara
sebelum nie, kalau isteri dia cantik molek cute miut, laki dia mesti...erm... tak berapa hensem. I don’t
know why. Aku masih mencari sebab untuk yang ini. Kalau tahu suggest lah kat aku. Mungkin sebab
wanita yang cantik sibuk mencari lelaki-lelaki yang biar takde rupa tapi ada peribadi, dan wanita-wanita
yang tak cantik tue pula sibuk mencari laki yang hensem dan kacak. Hahahaha 

7) Boleh berjimat ; kalau anda seorang yang kacak, sudah pasti orang akan menyibuk dan ambil tahu
tentang wajah anda. Tumbuh jerawat satu pun orang dah kecoh. Badan gemuk sikit pun orang nak sibuk.
Jadi untuk mengelakkan mahkota anda jatuh, pasti anda akan sentiasa memastikan kecantikan wajah anda
dapat diekalkan dari masa ke semasa. Oleh itu, anda akan membeli produk-produk penjagaan wajah tak
kira murah atau mahal. Mungkin ada yang sampai senyap-senyap buat facial seminggu sekali, dan mungkin
juga ada yang pakai botox serta ada juga yang pakai susuk atau ilmu guna-guna. Kalau kita tak kacak,
orang tak hiraukan, jadi tak perlu semua itu, kan? Duit pun dapat disalurkan ke rumah amal ataupun
rumah anak-anak yatim serta tabung surau. 

8) Pasangan tidak gusar (gusar, satu lagi perkataan tak bole blah) ; sekarang ratio lelaki dan wanita
amatlah ketara bilangannya. Ditolak dengan ada yang jadi gay, mak nyah, yang masuk pusat pemulihan,
yang berpeleseran, tinggal berapa kerat je kan? Jadi memandangkan lelaki sikit, wanita mungkin akan
bertindak dengan lebih aggresif iaitu menyasarkan suami orang. Hehehehe. Jadi, jika anda tidak kacak,
mungkin wanita-wanita itu tidak menyasarkan anda lantas pasangan anda tidak perlu khuatir yang anda
kan memasang satu cawangan lagi. Tapi tak tau lah kalau dah desperate sangat sampai orang yang tak
hensem pun dorang nak sapu jugak. Hm... 

9) Terhindar daripada gossip ; bukankah kewujudan anda hanya disedari oleh seglintir orang saja? Jadi
sudah pasti anda tidak akan menjadi bahan gossip-gossip liar para pemilik mulut longkang yang takde
keje lain itu. Tambahan pula, tiada mana-mana agensi permodelan atau agensi cari pelakon yang akan
menawarkan anda peluang untuk menjadi bintang terkemuka ataupun bintang mee segera serta pasaraya
bintang. Jadi anda tidak akan menjadi artis ataupun model sekaligus anda tidak akan digossipkan dengan
mana-mana artis. Suka tak? Hahahahaha 

10) Yang terakhir tapi bukan yang paling kurang (last but not least), Menjadi Penyabar yang baik 
; jika anda tidak kacak, mungkin ada mulut-mulut jamban yang akan mengata atau menghina anda
secara depan-depan atau belakang-belakang. Macamlah muka si pengata tue hensem sangat kan.. Baru
pakai fair and lovely sekali dah declare muka hensem. Herh... Sekiranya anda menjadi mangsa atau
menjadi objek bahan gurauan, jangan pula anda memaki balik, melempang orang tue, calarkan motor
dia, bubuh julap dalam minuman dia atau bunuh family dia, sebaliknya lebih anda simpan dendam itu,
dan leburkanlah ia sebelum tidur. Bukan ker elok maafkan semua orang sebelum tidur? Dan jangan
menangis! Tangisan anda itu boleh anda simpan, dan luahkan ketika anda solat tahajud ataupun solat
hajat. Lagi elok.

View the original article here


View the original article here

Foto perkahwinan Qi Razali Dan Uqasha Senrose

type='html'>
Foto itu dimuatnaik sendiri oleh Qi Razali di laman Instagram miliknya dua minggu lepas dengan caption menarik berbunyi “Just married… #jikaITUjodohKITA Coming soon…”


Kami agak terkejut seketika menatap sekeping foto dua pelakon terkenal Qi Razali dan Uqasha Senrose yang seolah-olah sudah berkahwin. Ingatkan betul rupanya sekadar gimik sahaja.

Walaupun mungkin hanya berjenaka dan bertujuan untuk mempromosikan drama bersiri Jika Itu Jodoh Kita namun para peminat tetap teruja melihat foto ini. Pasti ramai peminat tidak sabar untuk menonton siri drama yang bakal ditayangkan ini.



View the original article here


View the original article here

TAHUKAH ANDA 7 JENIS ISTERI YANG SELALU DICERAIKAN ?

type='html'>


Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami. 

Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud) 

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya. 

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya. 

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya. 

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya. 

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat . 

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami. 

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh
dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat. 

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas
melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya
sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH. 

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang
baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap
melakukan maksiat. 

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan
mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan
makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan
kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia
mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH. 

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat
baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak,
dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga,
keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan
sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu \
duniawi maupun ukhrawi .

Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H

View the original article here


View the original article here

TAHUKAH ANDA KESAN SAMPINGAN MINYAK WANGI KEPADA DIRI ANDA ?

type='html'>
Artikel kali ini bukan dengan tujuan memburuk burukan produk wangian tetapi hanya sekadar untuk info yang harus anda tahu. Dengan itu anda harus bijak memilih minyak wangi yang anda akan gunakan dan sebaiknya jauhkan daripada membeli atau mengunakan winyak wangi yang mempunyai kandungan yang banyak. Terutamanya jika ianya beralkohol.


Memang tidak dapat dinafikan, anda semua sukakan haruman, sehinggakan kereta dan blik tidur turut dihiasi dengan bahan pewangi. Namun, apa yang anda tidak sedari adalah risiko yang dibawa olehnya yang boleh membawa kesa terhadap kesihatan anda.

Jika anda ingin tahu, terdapat lebih kurang 500 bahan kimia digunakan dalam produk wangian, yang kebanyakannya tidak disenaraikan di belakang produk.

Antara bahan kimia yang sering digunakan adalah etanol, aseton, alkohol benzil, metilena klorida, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh mengakibatkan anda kelesuan, ketegangan otot, lelah, radang kulit, alahan, pening dan sakit tekak.

Bagi anda yang menghidapi ekzema akan mengalami kesan yang lebih padah. Ini kerana kulit yang bermasalah akan menjadi lebih teruk sekiranya terkena bahan yang menggunakan ramuan pewangi, tidak kira sama ada ianya sabun ataupun syampu.

Dalam satu kajian saintifik turut mengesahkan bahawa kebanyakan bahan pewangi mempunyai kandungan neurotoksin yang tinggi, yang memberikan kesan negatif terhadap mental, fizikal dan emosi. Kesan-kesan tersebut berupaya mendatangkan penyakit otak seperti Alzheimer dan Parkinson.

Walaupun ada banyak kesan sampingannya, penghindaran diri dari bahan wangian bukanlah suatu perkara yang mudah kerana hampir semua produk jagaan peribadi mengandunginya.




View the original article here


View the original article here

Thursday, 27 March 2014

Kolam Renang Paling Dalam Di Dunia (8 Gambar)

type='html'>
Rasanya ini satu-satunya kolam renang di dunia yang memerlukan anda memakai kelengkapan menyelam di dalamnya. Mempunyai kedalaman sehingga 34.5 meter, kolam renang yang diberi nama Nemo 33 ini adalah merupakan kolam renang paling dalam di dunia.

View the original article here


View the original article here

TAHUKAH ANDA 5 RAHSIA YANG LELAKI TAK NAK WANITA TAHU ?

type='html'>


Kelemahannya


Lelaki sangat takut wanita mengetahui kelemahannya. Mungkin mereka takutkan ketinggian atau lipas yang mereka tidak mahu langsung anda tahu. Dan, lelaki juga menangis. Emosi lelaki yang baru sahaja putus cinta sebenarnya lebih dahsyat berbanding wanita. Tetapi mereka pandai menyembunyikannya. Mereka takut sekiranya wanita tahu akan kelemahan mereka, wanita akan berjenaka mengenainya yang tentunya atau mungkin memalukan mereka. Dan jika mereka menangis di depan anda, berikanlah mereka coklat. Tangisan mereka tu adalah tanda cinta kepada anda.

Pendapatan Mereka

Lelaki kini lebih berhati-hati kerana terlalu banyak wanita di luar sana tu, mata duitan. Jadi salah satu perkara yang mereka seboleh-bolehnya ingin mereka rahsiakan adalah jumlah pendapatan mereka. Mungkin mereka suka menunjuk-nunjuk kereta yang mereka pandu, tetapi, perihal kewangan masih lagi terlalu peribadi bagi mereka.

They Listen!

Mungkin anda rasa lelaki tidak mahu tahu apa aktiviti harian anda atau apa yang menyerabutkan fikiran anda. Sebenarnya, mereka mahu mendengar. Mereka tidak mahu anda tahu mengenai fakta ini kerana tidak mahu percakapan bertukar menjadi leteran. Ia juga untuk mengelak daripada anda menelefon mereka acap kali, ketika mereka sedang bekerja.

Fake Orgasm

Lelaki sekarang sebenarnya lebih bijak. Mereka tahu sekiranya anda mengalami fake orgasm ketika bersama. Tetapi mereka berpura-pura tidak tahu kerana ia akan mencabar ego mereka kerana tidak mampu membuat anda mencapai klimaks yang sebenar. Jadi mereka diamkan sahaja dan terus membiarkan anda terus berlakon ketika bersamanya.

Malam Pertama

Jika anda rasa lelaki tidak takut untuk menghadapi malam pertama, anda silap besar. Lelaki tidak suka kemampuan mereka di atas katil diperlekehkan walaupun ia merupakan pertama kali buat mereka. Sebab itu mereka cuba menyembunyikan rasa gementarmereka pada malam pertama.

View the original article here

View the original article here

8 Tempat Paling Pelik dan Aneh Di Dunia

type='html'>
Masih banyak tenpat lagi dalam dunia ini yang belum kita terokai. Jom kita tengok antara lapan tempat terpelik di dunia. Walaupun pelik dan tidak seperti tempat biasa, tapi tempat tempat ini sangat cantik. Sambil sambil tengok tu, kita patut bersyukur pada Allah kerana kurnia-Nya yang sangat indah dan cantik. 


Kolam ni terjadi pas 1 gempa bumi kat Turki beribu tahun dulu yg membuatkan tanah2 tu ada yg naik dan ada yg turun. Bawah tanah tu ada mata air panas maka bila terjadi gempa bumi tu, bawak naik air panas tu. Air panas tersebut mengandungi kalsium yg sangat tinggi. Pamukalle bermaksud Istana Kapas di sebabkn warna air yg berwarna putih susu. Pada zaman Greco-Romans, mereka buat bandar yg bernama Heirapolis dan menggunakan tempat ni as “Healing Place”.
(Tempat ni dh di tutup oleh UNESCO sebab ada kejadian pelancong mandi kat klam tu)

  MOERAKI – NEW ZEALAND
 Batu yg besar ni terletak kat Pantai Otago dan terjadi sama mcm proses mutiara terjadi (pendek kata ni mutiara gergasi la)
Lagenda kaum Maori mengatakan batu ni di bawa nenek moyang dorg dalam sampan yg besar dan batu2 ni adalah tinggalan kapal tu. 
                             NINE HELLS OF BEPPU – JAPAN
 
Beppu, terletak kat Kepulauan Kyushu adalah penghasil kolam air panas kedua terbesar di dunia. Di katakan “Hell” di sebabkan keadaan kolam yg mcm pintu neraka masyarakat Jepun di tambah lagi dengan warnanya yg merah. Antara tempat tu adalah Sea or Ocean Hell (Umi Jigoku), Shaven Head Hell (Oniishibozu Jigoku), Cooking Pot Hell (Kamado Jigoku), Mountain Hell (Yama Jigoku), Devil or Monster Mountain Hell (Oniyama Jigoku,) Golden Dragon Hell (Kinryu Jigoku) and White Pond Hell (Shiraike Jigoku). Malangnya, petempatan kat sekeliling kolam tu dan terlebih di bangunkan maka tak hairan jika satu hari nanti kolam2 ni di tutup.
                                  GREAT BLUE HOLE OF BELIZE 
 
Aku rasa ramai yg tau tempat ni kan? Blue Hole of Belize adalah salah satu pintu masuk ke dalam rangkaian gua di dalam laut. Ia berwarna biru disebabkan kedalaman air tu adalah dalam 130 meter. Gua2 dalam rangkaian tu kebanyakannya kering maka sesape yg berani boleh cuba skuba kat situ.

                                 HELL’S DOOR – TURKMENISTAN

 Terletak kat Turkmenistan, percaya atau tak ini adalah buatan manusia. Pada tahun 1971 askar Soviet dapat tau kat situ gas asli maka dorg pun mula la mengorek. Pas dah sampai ke ke dalaman 25 meter, bumbung tempat yg menyimpan tu runtuh dan mengakibatkan gas asli tu terbebas. Ianya terbakar lepas pihak Soviet amik keputusan untuk tanak ada kes penduduk tempatan keracunan. Videonya ada di youtube. Boleh search gate of hell .

 SANQINGSHAN – CHINA

taman negara China ni biasa kita tengok dalam filem2 fantasi dorg. Di katakan syurga dewa masyarakat China.Mengikut lagenda, seorang puteri China memujuk 4 dewa alam iaitu api,air,angin dan tanah untuk membuat taman ni untuk dia
                                    EYES OF AFRICA


Cuba bukak google maps dan tengok.korg akan nampak bentuk mata.
                                RACETRACK PLAYA – USA
 
Batu tu bergerak setahun sekali di sebabkan setiap tahun, tempat tu akan hujan dan akan membuatkan tanah yg kering menjadi lumpur. yg menjadi misteri, batu2 kat situ ada yg seberat beratus kilo dan tempat tu adalah tempat yg paling rata di dunia.





View the original article here

Wednesday, 26 March 2014

BENARKAH ORANG KURUS ITU CANTIK ?

type='html'>


KURUS atau Langsing menjadi impian semua orang, baik lelaki mahupun wanita. Sering kali cantik itu dikaitkan dengan kurus. Kurus itu cantik. Dua benda yang sangat sinonim. 

Wanita berbadan gemuk dikatakan kurang menarik. Hakikatnya semua orang mahukan tubuh langsing. Ada yang sanggup melaburkan wang beribu-ribu untuk melakukan pembedahan membuang lemak-lemak di badan. Kurus membolehkan mereka berjalan dengan langkah yang bertenaga dan lebih yakin. 

Berat 45 kilogram dan ke bawah adalah timbangan yang ingin dicapai bagi golongan berbadan besar. Semakin kurus semakin mereka suka tanpa menyedari keadaan itu akan memudaratkan diri juga. Mereka mengandaikan berat berlebihan adalah tidak cantik dan memalukan. 

Keadaan ini sekali gus menyebabkan mereka menjadi seorang yang pasif dan kurang dalam pergaulan, sama ada sesama jantina ataupun berlawanan jantina. Kurus, gemuk dan cantik biasanya menghantui wanita berbanding lelaki. 

Diet yang melampau, pil kurus mahupun ke pusat-pusat kecantikan menjadi pilihan mereka yang ingin mendapatkan bentuk badan ideal. 

Mereka sanggup berbelanja besar membeli pil-pil tersebut tanpa menghiraukan kemudaratan menanti di kemudian hari. Sudah ramai yang menjadi mangsa, terpedaya, namun sehingga kini tiada orang serik menggunakan bahan-bahan terlarang untuk mendapatkan bentuk tubuh badan ramping. 

Jumlahnya tidak pernah berkurangan malah lambakan produk-produk dan pil-pil tersebut menunjukkan bahawa ia mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat. 

Pernahkah kita berfikir mengapa saiz S menjadi pilihan si gadis? Tapi dengan pemakanan yang tidak boleh dikawal, bagaimana impian langsing akan jadi nyata? 

Makan itu boleh tetapi makan perlu baik. Makan secara baik ini bukan sahaja boleh melangsingkan badan, malah sangat memberi kesan positif kepada kesihatan. 

Diet itu perlu bagi sesiapa yang bertubuh gempal melebihi tahap BMI, namun diet yang melampau dan melebihi batas kemampuan badan hendaklah di hentikan dengan kadar segera. 

Sihat sepatutnya menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa yang cantik semata. Kesihatan itu lebih mahal harganya dari bentuk badan yang cantik. Terdapat beberapa tip atau petua yang mudah untuk kuruskan badan dengan makan yang baik. 

Pertama mengelakkan makan makanan ringan seperti kerepek, biskut, jajan dan sebagainya. Ini adalah kerana makanan ringan ini tidak mengandungi sebarang khasiat yang lengkap untuk tubuh badan dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan, di samping pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang berbahaya untuk kesihatan. 

Kedua pengambilan protein sihat iaitu ‘protein putih’. Kurangkan sumber ‘protein merah’ seperti daging yang kaya dengan lemak tepu. Makanan tinggi protein putih seperti ikan, tauhu, tempe, telur, udang atau sotong. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita seperti daripada sumber kekacang. 

Ketiga makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Seperti yang kita ketahui buah-buahan dan sayuran hijau mempunyai pelbagai khasiat anti oksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh badan. 

Keempat, banyakkan minum air kosong atau air mineral. Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam badan kerana ia adalah berkalori kosong dan ia memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia. 

Sentiasa amalkan lapan gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori tinggi dan indeks glisemik yang tinggi. 

Kelima amalkan pengambilan suplemen seperti multivitamin, vitamin C, vitamin E, anti oksidan, omega 3, mineral kalsium, magnesium, zink, dan lain-lain. Ini membantu mengekalkan sistem metabolisme tubuh ke tahap yang optimum. Banyak kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti omega 3 yang boleh menurunkan berat badan. 

Petua-petua ini jika diamalkan mampu menyumbang kepada berat badan ideal dan juga kesihatan yang baik. Tidak salah kalau mencuba andai mahukan tubuh badan yang cantik dan sihat.

View the original article here


View the original article here

7 JENIS LELAKI YANG ANDA PERLU ELAK JATUH CINTA

type='html'>



1. Sudah berpunya 

Elakkanlah jatuh cinta dengan suami atau teman lelaki orang. Banyak lagi lelaki bujang/ single di luar sana. Nanti anda yang makan hati berulam jantung. Lagipun kan tak elok merosakkan kebahagiaan orang lain.


2. Playboy

Ini jenis lelaki yang tidak reti nak setia dengan satu perempuan sahaja. Kalau anda masih pilih untuk mempunyai hubungan dengan lelaki seperti ini, anda perlu bersedia juga menghadapi risiko yang dia akan bermain kayu tiga bila-bila masa sahaja.


3. Kaki pukul

Alahai, jangan kerana cinta badan binasa ya ! Seorang lelaki yang baik tidak akan sesekali mengasari anda dan kalau sekali dia berani buat, percayalah perkara tersebut pasti berulang lagi.


4. Suka rendahkan perempuan

Lelaki seperti ini jenis lelaki yang punya ego tak bertempat. Mereka juga jenis yang tak tahu menghargai pasangan mereka dan sentiasa merasakan diri mereka sahaja yang betul.


5. Kaki tipu

Kejujuran adalah nilai yang penting untuk sebuah hubungan yang sihat. Kalau dah kerap sangat dia “kantoi” menipu, anda juga akan hilang hormat dan kepercayaan terhadap dia.


6. Tak serius/ tak suka komitmen

Jangaan bazirkan masa anda dengan lelaki yang tidak serius dalam menjalinkan perhubungan dengan anda. Anda mesti mahukan hubungan anda dengan dia akan berakhir dengan sesuatu yang bermakna , misalnya perkahwinan,bukan menunggu sesuatu yang tidak pasti atau hubungan yang tiada hala tuju.


7. Homoseksual

Tidak ada yang lebih pathetic daripada ‘bermadu’ dengan seorang lelaki, kaum sejenis kekasih anda. Jadi elakkan diri anda dari jatuh cinta dengan lelaki seperti ini.


View the original article here